BTC USD 81,378.2 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengecualian Gaji Minimum PMKS Perlu Telus - DPIM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,507
Joined
Dec 18, 2007
Messages
29,507
Reaction score
351
Points
141

Pengecualian Gaji Minimum PMKS Perlu Telus - DPIM​

e678af1d4f1457c2c279dda91603df2569cb37ce69adb


Pelaksanaan pengecualian sementara gaji minimum bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mempunyai hasil jualan tahunan di bawah RM50 juta perlu dilaksanakan secara telus dengan hala tuju yang jelas.

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Cawangan Selangor Mohd Yahya Mat Sahri berkata sektor itu merupakan tulang belakang ekonomi tempatan yang memerlukan ruang penyesuaian kos operasi, meningkatkan produktiviti dan memperkukuh aliran tunai.

Selain itu, Mohd Yahya yang juga Pengarah Strategi PKR Selangor berkata kerajaan perlu memperincikan tempoh pengecualian, kriteria kelayakan dan mekanisme peralihan bagi terus memelihara kepentingan majikan serta hak pekerja.

"Pada masa sama, kemudahan pembiayaan PMKS berjumlah RM57 bilion juga dapat benar-benar diakses peniaga kecil dan bukannya sekadar angka besar dalam dokumen belanjawan.

"Sokongan pembiayaan, pendigitalan, automasi dan latihan kemahiran mesti bergerak seiring dengan agenda peningkatan gaji," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 9 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2027 mengumumkan bahawa PMKS dengan hasil jualan di bawah RM50 juta dikecualikan daripada pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM2,000 yang berkuat kuasa mulai Jun 2027.

Langkah itu turut disusuli dengan tindakan memperketat syarat tuntutan potongan cukai bagi perbelanjaan gaji oleh syarikat selain PMKS sebagai usaha mengekang pengambilan pekerja asing tanpa izin.

Terdahulu, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini berkata pengecualian itu bertujuan memastikan majikan dapat menyusun semula kedudukan kewangan tanpa perlu mengambil langkah drastik, termasuk memberhentikan pekerja.

Mengulas lanjut, Mohd Yahya berkata pihaknya menyambut baik keputusan kerajaan menaikkan gaji minimum daripada RM1,700 itu bagi mengangkat maruah pekerja, memperkukuh kuasa beli rakyat dan merapatkan jurang pertumbuhan ekonomi dengan pendapatan isi rumah.

 
Back
Top
Log in Register