BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terdapat cubaan buang hadis daif – Azhar Idrus

zackpenang

Banned
gem
Messages
7,236
Joined
Jan 9, 2010
Messages
7,236
Reaction score
1,891
Points
151

Terdapat cubaan buang hadis daif – Azhar Idrus​

Ustaz-Azhar-Idrus.jpeg
Ustaz Azhar Idrus
PETALING JAYA – Ada cubaan untuk terus membuang hadis daif oleh golongan bukan ulama (tidak cerdik), sedangkan hadis tersebut digunakan oleh golongan ulama selama ini, jelas penceramah Ustaz Azhar Idrus.
Jelas beliau, terdapat tiga hadis yang boleh diamalkan oleh golongan muslim iaitu, hadis sahih, hadis hasan dan hadis daif.

“Kalau tiga hadis ini amallah, yang tidak bolehnya adalah hadis keempat iaitu hadis palsu. Sebab itu ulama-ulama besar dunia mereka sebar dan amalkan juga hadis daif ini.

“Kita sahaja yang tidak sebar dan amalkan hadis daif kerana kita sudah biasa dengar dengan apa yang dikatakan oleh orang yang tidak bertakwa,” jelasnya dalam satu siri soal jawab agama di YouTube baru-baru ini.
Jelas Azhar, ulama yang turut mengguna pakai dan menyebar hadis daif dalam kehidupan ini iaitu Imam Bukhari seorang imam yang paling dipercayai.
“Banyak imam seperti Imam Ahmad, Imam Tirmizi, Imam Abu Daud dan lain-lain termasuk seorang imam yang memang terkenal dengan hadis sahihnya iaitu Imam Bukhari yang turut mengarang hadis daif.
“Imam Bukhari ada dua kitab yang pertama Sahih Bukhari dan satu lagi al-Adabu al-Mufrad yang menghimpunkan tiga hadis iaitu hadis sahih, hadis hasan dan hadis daif.
“Beliau yang tentu ulama dan imam besar pun guna, kita yang tidak tahu apa-apa ini nak tolak, kau siapa?” soal Azhar. – KOSMO! ONLINE

 
benda ni sbb orang islam x boleh berlapang dada..

ada org rse dia yg terpaling ikut sunnah.. ada org rse dia terpaling ikut ulama..

aku xde masalah, kau nk ikut sunnah semata2 ? atau nak beramal dgn hadis daif yg dipersetujui ulama2 ? ianya pilihan..


---


sebab itu aku pilih utk berlapang dada..

selagi mana kita beramal benda utk kebaikkan dunia akhirat.. Jgn berbalah..

kau nk ikut sunnah semata2 berdasarkan hadis sahih ?
silakan..

kau nk ikut hadis sahih dan nak ikut hadis daif utk beramal..

silakan.. tp pastikan kau tahu apa yg kau buat.. jgn mix dgn benda2 akidah, halal haram.. supaya kau sedar benda tu sekadar amalan kau..

---

Allah pandang amalan kau.. tp klo bnyk pun.. ianya x mencerminkan kau ni bagus..

Ada benda kne seimbang dan bersederhana..

takleh over confident sgt..

buat apa yg mampu.. secara istiqomah..

---

ini pendapat aku yg x ngaji agama.. kira level org awam..

bg yg ngaji agama ada pendapat tersendiri.. level dan makam tersendiri.. jgn campur2 dgn level org awam, level netizen..

yg penting kita berlapang dada..

klo pendapat aku ni salah sbb x ngaji agama..

korang jgn kecam.. kita assist setakat mana kita mampu assist level org awam.. jgn pandang hina.. klo kita rse dia ni xleh diajar.. kita doakan dia semoga Allah hadir kan taufik dan hidayah..

simple as that, korang sebenarnya sedang berlapang dada..
 
Assalam. Wbt.

Kalau betul orang tu betul2 ikhlas
fokus pada yang sahih,
mencari bersungguh2 ilmu yang sahih,

dia tiada masa nak fokus
pada yang bukan sahih.

Bab keutamaan pun,
masih belum lulus lagi.

Kasihan....

Allahul musta'an.

Bagaimana Allah nak beri hidayah,
bila niat di qalbu (jantung),
mencari kebenaran,
walaupun pahit untuk diterima,
masih belum muncul lagi.

Bila kebenaran tiba,
ditolaknya.

Allahul musta'an.
 
Khabar dukacita dari Johor...kehilangan seorang pecinta sunnah


PENDAKWAH Singapura Rasul Dahri yang pernah ditangkap di Johor kerana mengajar tanpa tauliah meninggal dunia malam ini.


Perkara itu dimaklumkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu hantaran Facebooknya.

“Menerima khabar kematian Ustaz Rasul Dahri. Walaupun saya sering berbeza pendirian dan pandangan dengan beliau dalam banyak perkara, namun sebagai saudara muslim, tetap saya mendoakan keampunan untuk beliau.

“Saya juga tidak menafikan beliau sebagai pendakwah, sekalipun banyak perbezaan pandangan saya dengan beliau, beliau juga mempunyai sumbangannya yang tersendiri.

“Kali terakhir saya berjumpa beliau ialah ketika saya di Johor tiga minggu lepas. Saya dimaklumkan bahawa beliau menjemput saya menziarahi beliau kerana beliau uzur.

“Saya menyahut jemputan tersebut bersama beberapa sahabat yang lain. Walaupun pertemuan itu berakhir dengan ketegangan pendapat yang amat dalam hal-hal dakwah dan selainnya, namun kami tetap bersalaman sebelum berpisah,” tulis Mohd Asri.

Untuk rekod Rasul Dahri ditahan di Johor pada tahun atas kesalahan mengajar tanpa tauliah di negeri itu.

Dia jatuhkan hukuman penjara serta denda atas kesalahan berkenaan.- Malaysiapost





Anwar ucap takziah pemergian pendakwah Rasul Dahri​

20 Jun 2024 12:22am


2695336.jpg

Tangkap layar FB Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pendakwah dari Singapura, Rasul Dahri yang dilaporkan meninggal dunia malam ini.
Anwar dalam hantaran melalui Facebook berkata Allahyarham merupakan antara alumni Yayasan Anda Akademik Malaysia (YAA) iaitu sebuah yayasan yang digerakkan pemimpin belia dan mahasiswa pada sekitar 70-an yang diketuai Anwar ketika itu.

"Takziah kepada keluarga pendakwah Ustaz Rasul Dahri yang dikhabarkan telah meninggal dunia. Beliau juga adalah antara alumni di Yayasan Anda suatu ketika dulu.
"Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya dan rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” kata Perdana Menteri.

Sebelum itu, berita pemergian pendakwah itu dimaklumkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu hantaran di Facebook dan difahamkan Rasul meninggal disebabkan keuzuran.
"Menerima khabar kematian Ustaz Rasul Dahri ... sebagai saudara Muslim, saya mendoakan keampunan untuk beliau ... kali terakhir saya berjumpa beliau ketika saya di Johor tiga minggu lepas,” katanya. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register