BTC USD 85,009.7 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

pengertian Syirik

ajakio85

Active+ Member
Messages
2,868
Joined
Feb 1, 2008
Messages
2,868
Reaction score
183
Points
38
Syirik dibahagikan kepada dua
iaitu syirik khafi (tersembunyi)
dan syirik jali (terang dan
nyata).

Syirik jali ialah syirik yang
terang, nyata dan besar yang
boleh menyebabkan seseorang
itu dianggap jatuh ke tahap
kufur. Syirik ini boleh berlaku
melalui salah satu daripada tiga
keadaan iaitu:

1. Menerusi i’tiqad
seperti meragui atau
menafikan kewujudan
Allah. Justeru, mana-
mana fahaman yang
meragui dan
menafikan kewujudan
Allah seperti fahaman
komunis dan ateis
adalah jelas syirik.

2. Menerusi perbuatan
atau amalan tertentu
seperti menyembah
patung, berhala,
batu, pokok,
matahari, bulan
bintang atau objek
tertentu. Perbuatan
memuja nasib dan
meminta nombor
ekor di kubur
tertentu atas dakwaan
kubur itu keramat
juga adalah unsur
syirik. Bahkan ulama
menjelaskan
perbuatan terlalu
memuja dan
mendewakan orang
atau pemimpin
tertentu juga adalah
perbuatan syirik.

3. Menerusi lidah atau
perkataan seperti
menghalalkan perkara
haram dan mengaku
keluar daripada
agama Islam.
Termasuk dalam
kategori ini ialah
perkataan yang boleh
menyebabkan terbatal
syahadah seseorang
Muslim.

Syirik khafi ialah syirik yang
kecil dan tersembunyi yang
menyebabkan hilang atau
luputnya pahala seseorang.

Syirik itu banyak berkaitan
dengan perbuatan riak di dalam
beramal atau melakukan
sesuatu perkara.

Perkara itu jelas disebut dalam
al-Quran melalui firman Allah
yang bermaksud: “Barang siapa
yang berharap untuk bertemu
dengan Allah (di hari akhirat
kelak), maka hendaklah dia
melakukan amal salih dan
janganlah dia mempersekutukan
Allah dengan sesuatu di dalam
ibadatnya.” – (Surah al-Kahfi,
ayat 110)

Maksud syirik di dalam beramal
seperti dalam ayat itu ialah
menunjuk-nunjuk ketika
beramal atau riak di dalam
beramal.

Rasulullah SAW dalam sabdanya
pernah menasihatkan sahabat
supaya berhati-hati dan
menjauhi syirik kecil, lantas
ditanya oleh sahabat apakah
yang dimaksudkan dengan syirik
kecil itu. Maka Rasulullah
menjawab, syirik kecil yang
dimaksudkan ialah riak dalam
beramal.

Allah menjelaskan bahaya syirik
khafi dalam firman-Nya yang
bermaksud: “Dan sesungguhnya
telah diwahyukan kepadamu
dan kepada nabi-nabi terdahulu
sebelummu, jika kamu
mempersekutukan Tuhan,
nescaya akan terhapuslah
segala amalanmu dan tentulah
kamu termasuk di kalangan
orang yang rugi.” – (Surah az-
Zumar, ayat 65)

Firman Allah lagi yang
bermaksud: “Barang siapa yang
mempersekutukan sesuatu
dengan Allah (tidak ikhlas
kepada-Nya dalam beramal),
maka adalah dia seolah-olah
telah jatuh dari langit lalu
disambar oleh burung atau
diterbangkan angin ke tempat
yang jauh.” – (Surah al-Hajj,
ayat 31)

Melihat kepada situasi hari ini,
ternyata amalan mensyirikkan
Allah sama ada syirik jali atau
khafi berlaku secara sedar atau
tidak. Walaupun daripada
kalangan orang Islam tidak
menyembah berhala, tetapi
mereka terdedah kepada
perbuatan syirik.

Kepercayaan kepada tempat
keramat, keyakinan secara
membuta tuli terhadap bomoh
atau dukun, penggunaan
tangkal dan azimat, menyembah
kemewahan dunia dan material,
keyakinan rezeki seperti gaji
dan upah datang daripada
manusia dan bermacam lagi
adalah antara amalan yang
menjurus kepada syirik.

Gejala syirik khafi tidak kurang
hebatnya dengan berleluasanya
gejala riak, beramal untuk
manusia, perasaan dengki,
mengharap reda manusia,
bermuka-muka, tidak ikhlas,
menandakan amalan syirik
memang menguasai hidup umat
Islam kini.

Langkah mesti dilakukan bagi
mengelakkan ia daripada terus
membarah di dalam hidup
manusia. Langkah seperti
penerangan mengenai bahaya
syirik menerusi seminar,
ceramah, bengkel dan
seumpamanya. Anggota
masyarakat mesti didedahkan
dengan bahaya syirik supaya
mereka dapat membezakan
apakah pekerjaan dan perkataan
mereka selama ini mengandungi
unsur syirik atau sebaliknya.
 
dan bayangkanlah pahala2 yg dikerjakan itu hilang atau luput semuanya kerana syirik
 
Bahagian 2
-------------------

syirik dalam kehidupan budaya melayu
-----------------------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.
Selawat serta salam buat junjungan mulia
Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para
sahabat dan pengikut yang istiqamah
menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Untuk menjaga akidah kita supaya tidak
dicemarkan oleh kepercayaan dan amalan
syirik dan kurafat maka kita perlulah sentiasa
mendekatkan diri dengan al-Quran dan sunah
Rasulullah S.A.W. Banyak terdapat ayat-ayat
al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W. yang
melarang umatnya daripada kepercayaan
yang membawa kepada syirik dan juga
kepercayaan kurafat .

Di dalam kepercayaan masyarakat melayu
terdapat beberapa kepercayaan dan amalan
yang dipegang turun temurun yang mana
kepercayaan tersebut boleh menjejaskan
akidah kita kerana pergantungan kepada
kejadian tersebut. Oleh itu perlulah kita jauhi
perkara syirik, kurafat dan kepercayaan yang
tidak ada sandaran yang sahih :

Perkara-perkara tersebut adalah seperti
berikut :

1. Mempercayai bulan safar membawa si.al
dan bala bencana.

2. Mempercayai burung hantu berbunyi
diwaktu malam akan ada orang nak mati atau
ada bala bencana.

3. Percaya bahawa apabila hujan panas ada
orang nak mati.

4. Percaya kalaulah cicak berbunyi maknanya
betullah cakap kita.

5. Biawak lintas jalan ada petanda urusan
hari itu gagal tak boleh diteruskan. Jika
diteruskan akan gagal.

6. Bila ada kupu-kupu masuk rumah akan
ada tetamu nak datang ke rumah.

7. Bila tangan kanan bergerak-gerak akan ada
rezeki, begitu juga bila tangan kiri bergerak
akan habiskan rezeki yang ada.

8. Telik tapak tangan dan mempercayai urat-
urat tertentu boleh membawa tuah atau
sebaliknya.

9. Apabila ada pingan pecah maka akan ada
bala nak datang atau ada sesuatu kemalangan
akan berlaku.

10. Bila makan tersedak ada orang sebut
nama kita atau ada orang sedang mengingati
kita.

Masyarakat melayu morden pula percaya :

1. Rahsia tarikh lahir untuk motivasi diri.

2. Nombor tertentu membawa tuah dan
nombor tertentu membawa bencana. Contoh
no. 8888,9999 boleh bawa tuah dan no.
4444, 13 bawa musibah.

3. Percaya setiap individu ada nombor
peribadi yang bertuah.(Nombor 1 hingga 9)

4. Percaya bahawa dalam bulan Januari
hingga bulan Disember terdapat bintang-
bintang tertentu jika lahir dalam bulan
tersebut ada tuah-tuah tertentu dan
keburukan-keburukan tertentu. Contoh bila
lahir pada 20 Januari- 18 Februari (Bintang
Aquarius) dan 22 Desember - 19 Januari
(Bintang Capricorn). dan lain-lain.

{Kepercayaan ini telah berakar umbi dalam
masyarakat kita terutama belia dan remaja
oleh itu kita perlu menjelaskan kepada
masyarakat percaya pada bintang ini adalah
boleh bawa kepada syirik)

Sahabat yang dimuliakan,
Kita wajib membuangkan segala bentuk
kepercayaan orang-orang melayu yang tidak
ada nas dalam al-Quran dan hadis Nabi
S.A.W. kerana semua perkara ghaib mestilah
ada nas dan rujukkan kepada dua sumber
tersebut.

Sabda Nabi S.A.W. yang maksudnya : " Aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara yang
jika kamu berpegang padanya kamu tidak
akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan
al-Sunnah Rasul-Nya."
(Hadis Riwayat Malik)

Perlu ditegaskan bahawa Islam amat
menitikberatkan persoalan akidah, syariah
dan akhlak dalam kehidupan muslim
seharian. Oleh itu, apa saja amalan,
perkataan dan kepercayaan yang tidak
berasaskan kepada sumber yang dijelaskan di
atas adalah ditolak.

Ini berdasarkan sabda
Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “Dan
berjaga-jagalah kamu. Jauhkanlah diri kamu
daripada perkara baru (bidaah) kerana setiap
perkara yang diadakan itu bidaah, dan setiap
bidaah itu sesat. (Hadis riwayat Abu Dawud)

Rasulullah S.A.W. menyatakan melalui
sabdanya yang bermaksud: "Tidak ada
penularan penyakit (tanpa izin Allah), tidak
ada penentuan nasib dengan burung, tiada
kemudaratan burung hantu, dan tiada bala
bencana bulan Safar". (Riwayat Bukhari dan
Muslim).

Sabda Nabi S.A.W. bermaksud: “Barangsiapa
datang kepada tukang tenung (bomoh),
kemudian dia membenarkan perkataannya,
maka sembahyangnya tidak diterima oleh
Allah selama 40 hari.”(Hadis Riwayat
Muslim).

Tambahan daripada itu, Rasulullah S.A.W.
juga mengingatkan bahawa orang yang
mempercayai keburukan itu datangnya
daripada sesuatu selain daripada Allah adalah
syirik,

sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.
yang bermaksud: "Menyandarkan keburukan
kepada sesuatu adalah syirik, dan tidak
termasuk dalam golongan kami melainkan
orang yang beriman sahaja, dan Allah akan
menghilangkan syirik itu dengan tawakkal".
(Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Kepercayaan dan amalan khurafat hanya
boleh dibanteras jika seseorang itu berpegang
teguh kepada ajaran Islam dengan
menjadikan al-Quran dan sunah sebagai
rujukan dalam segala tindakan.

Disebabkan sejak turun temurun masyarakat
melayu percaya bulan Safar dikaitkan dengan
bala bencana dan musibah,hingga
menerbitkan beberapa amalan khurafaat dan
tahyul dengan harapan dapat menangkis dan
menolak musibah tersebut.Amalan-amalan
khurafat bulan safar seperti mandi safar,
membuat ancak, melarang mengadakan
kenduri kahwin dan percaya adanya burung
hantu sebagai tanda kematian masih berurat
nadi dalam kehidupan masakini.

Amalan, fahaman dan kepercayaan seperti ini
bukan sahaja bercanggah dengan syariat
Islam tetapi juga boleh menyebabkan
rosaknya akidah.Nahas dan bala bencana
bukan hanya berlaku dalam bulan Safar .
Kepercayaan seperti ini perlu ditolak kerana
Allah Taala telah memberi amaran kesan
dalam surah At Taubah ayat 51 yang
bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad) tidak sekali-
kali akan menimpa kami sesuatu pun
melainkan apa yang telah ditetapkan Allah
bagi kami. Dialah pelindung yang
menyelamatkan kami dan (dengan
kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah
hendaknya orang-orang yang beriman
bertawakal”

Baru-baru ini satu kepercayaan karut sotong
dijadikan manusia untuk menentukan menang
atau kalahnya suatu perlawanan bola sepak.
Di ramalkan dalam perlawanan Piala Suzuki
bahawa Indonesia akan menang melawan
Malaysia, dengan izin Allah berlaku
sebaliknya Malayasia menang perlawanan
tersebut, ini menunjukkan tidak ada siapa
yang tahu akan berlakunya perkara akan
datang melainkan Allah S.W.T. Apa yang
disangka-sangka oleh manusia adalah
daripada bisikan syaitan untuk menyesatkan
akidah manusia.

Sekarang ini kita kita digemparkan ramai
pakar motivasi mengunakan kaedah tarik
lahir untuk menentukan kejayaan masa
depan, apakah benar dakwaan tersebut?
Yang pasti kaedah tersebut tidak menepati
kaedah yang dibenarkan oleh syarak. Kerana
setiap anak yang lahir tidak kira masa, hari,
bulan, tahun semuanya sama saja tetapi yang
mencurakkan anak tadi samaada akan jadi
majusi, nasrani, yahudi atau Islam adalah
kedua ibu bapanya dan suasana
disekelilingnya.

Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :
"Setiap anak dilahirkan di atas fitrah (bersih),
kedua orangtuanyalah yang menjadikan ia
Yahudi, Nasrani, atau Majusi.' (Hadis Sahih
Riwayat Al-Bukhari no. 1278 dan Muslim no.
2658 dari hadits Abu Hurairah)

Kenapa kita menggunakan suatu kaedah yang
boleh menimbulkan keraguan dan boleh
membawa risiko yang besar jika keyakinan
seseorang kepada tarikh lahirnya dan dia tak
yakin dengan qadak dan qadar Allah S.W.T.?
Sedangkan semua perkara ghaib adalah
berada di dalam ilmu Allah S.W.T.

Walaupun mereka yang menggunakan kaedah
'rahsia tarikh lahir' berkata bahawa ini adalah
satu cara untuk mengenal diri dan potensi
diri untuk maju kehadapan, tetapi kaedah
yang dijalankan adalah sama seperti seorang
yang meramalkan masa hadapan seperti cara
orang bukan Islam gunakan (telik nasib).

Sedangkan tilik nasib haram disisi Islam.
Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W di
dunia ini lebih 1430 tahun yang lalu, telah
sempurna dan lengkap. Di dalam al-Quran
sendiri, hadis-hadis Nabi S.A.W, tulisan
ulama-ulama muktabar daripada sahabat
Nabi S.A.W. , tabiin, tabi-tabiin dan ulama
mazhab cukup jelas memberikan kaedah
untuk mendidik manusia untuk melahirkan
insan beriman dan bertakwa. Kenapa kita
menggunakan kaedah yang meragukan dan
tidak ada nas yang jelas dan kaedah ini tidak
pernah diamalkan oleh ulama-ulama
terdahulu?

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang
beriman! Sesungguhnya arak, judi,
penyembahan berhala dan bertilik nasib
adalah najis (haram) dan ia daripada
perbuatan syaitan.” (Surah al-Maidah, ayat
90)

Dr. Ustaz Haji Zahazan bin Mohamad berkata
di dalam mengupas tafsir al-Quran diradio
IKIM (Isnin-Jumaat jam 6.30 pagi) bahawa
kepercayaan kepada nombor-nombor
tertentu boleh membawa tuah dan
kepercayaan kepada rahsia tarikh lahir adalah
syirik dan boleh menjejaskan akidah.
Umat Islam perlulah kembali kepada kaedah
pendidikan Islam yang sebenarnya dan
janganlah mudah terpengaruh kepada satu
kaedah baru yang meragukan dan boleh
menjejaskan akidah dan kepercayaan kita
kepada Allah S.W.T.

Berbagai cara orang kafir cuba memesongkan
akidah umat Islam, kepercayaan orang-orang
Cina kepada huruf tertentu dan 'feng shui'
telah mempengaruhi umat Islam dengan
memilih nombor tertentu untuk plat kereta,
meletakkan hantaran dengan bilangan
hantaran 6666, 8888, 11,111 semua ini
amalan kurafat dan tak ada kena mengena
langsung dengan kebahagiaan rumah tangga.

Asas Iman, Islam dan takwa saja yang akan
menjamin kerukunan rumah tangga bukan
nombor tertentu.

Kita boleh menggunakan bilangan 1, 3, 7, 10,
21, 33 , 40 dan 100 untuk berzikir kerana
ada nas hadis daripada Rasulullah S.A.W
untuk menggunakan bilangan tersebut.
Contoh angka 40 yang di suruh Nabi S.A.W.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat,
hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud
kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi
Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari
telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika
ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat
demikian akan diperkenankan doa dan
permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang
apabila dibaca oleh mereka-mereka yang
ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan
lepaskan si pembacanya dari kesusahan.
Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi
Yunus AS “La ilaha illa anta subhaanaka inni
kuntu minazzholimiin.”

Sahabt yang dikasihi,
Marilah kita meninggalkan semua amalan-
amalan dan kepercayaan syirik dan kurafat
samaada datangnya daripada budaya orang
melayu, cina, barat atau daripada daripada
kaedah-kaedah tertentu yang meragukan dan
syubahat. Supaya kita dapat menjaga akidah
dan keyakinan kita kepada Allah S.W.T.

Ingat! Dosa syrik adalah dosa yang paling
besar dan tidak akan diampunkan oleh Allah
S.W.T. Oleh itu berhati-hati dan berwaspada
supaya akidah kita sentiasa bersih dan tidak
ada kecacatannya, hingga kita menemui Allah
S.W.T dalam keadaan Dia reda kepada kita
dan kita reda kepada-Nya.

Sentiasalah gunakan nas al-Quran dan hadis
dan berfikirlah secara logik dan rasional,
insya Allah tidak akan terlibat dengan syirik
dan kurafat .
 
Back
Top
Log in Register