BTC USD 77,309.0 Gold USD 4,359.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Syirik

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,714
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,714
Reaction score
3,506
Points
211
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Zuhair bin Harb, diceritakan oleh Abdul Samad bin Abdul Warits, diceritakan oleh Hajib bin Umar Abu Husyainah ats-Tsaqafi, diceritakan oleh al-Hakam bin al-'A'raj, daripada Imran bin Hushain,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Akan masuk syurga
daripada golongan umatku
sebanyak tujuh puluh ribu (70000) orang
tanpa hisab."

Mereka (para sahabat) bertanya,
"Siapakah mereka wahai Rasulullah?


Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Mereka adalah orang yang tidak melakukan ruqyah
(perubatan yang mengandungi doa kepada selain Allah),

tidak bertathayyur
(sejenis kepercayaan khurafat),

tidak melakukan rawatan kay
(sejenis rawatan menggunakan besi panas)

dan mereka bertawakal kepada Tuhan mereka."


(Hadith Muslim no. 321)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Ahmad bin Mani', diceritakan oleh Abu Mu'awiyah, daripada Isma'il bin Muslim, daripada Al Hasan, daripada Jundub,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Hukuman bagi ahli sihir

adalah dipenggal dengan pedang."


(Hadith Tirmidzi no. 1380)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Maksudnya kalau dia bertaubat
Tetap dikenakan hukuman penggal kepala atau tidak tuan
 
Maksudnya kalau dia bertaubat
Tetap dikenakan hukuman penggal kepala atau tidak tuan

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1370-al-kafi-253-pendirian-islam-berkenaan-sihir

Menurut Imam Abu Hanifah,
Imam Malik,
Imam al-Syafi’e (berdasarkan 1 riwayat)
& Imam Ahmad,

hukumannya adalah bunuh,
tidak ada proses istitabah (anjuran untuk bertaubat)
dan tidak diterima taubatnya.

Pandangan masyhur yang lain, daripada Imam Syafie,
jika penyihir itu tidak membunuh
dengan sihirnya,
maka tidak dibunuh.

Wallahu a'lam.
 
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1370-al-kafi-253-pendirian-islam-berkenaan-sihir

Menurut Imam Abu Hanifah,
Imam Malik,
Imam al-Syafi’e (berdasarkan 1 riwayat)
& Imam Ahmad,

hukumannya adalah bunuh,
tidak ada proses istitabah (anjuran untuk bertaubat)
dan tidak diterima taubatnya.

Pandangan masyhur daripada Imam Syafie,
jika penyihir itu tidak membunuh
dengan sihirnya,
maka tidak dibunuh.

Wallahu a'lam.

Jelas tuan
Syaratnya penyihir tu tidak membunuh lah
Baru tidak dihukum bunuh
 
Bagi yang ingin ikut bulat2 pandangan Imam Syafie,
silakan.

Saya berpendirian untuk tidak ikut 1 mazhab sahaja.

Wallahu a'lam.

Baik tuan
Kita berlapang dada
Janji kita tak menyimpang dari Al-Quran dan As-Sunnah sebab pandangan imam² besar ni semua nya berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah
 
Baik tuan
Kita berlapang dada
Janji kita tak menyimpang dari Al-Quran dan As-Sunnah sebab pandangan imam² besar ni semua nya berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah

Benar saudaraku.
Pokoknya, tak menyimpang daripada Al-Qur'an & Sunnah.

Bila kita dengar ajaran agamawan2 Malaysia ni,
makin jauh daripada Al-Qur'an & Sunnah,
tinggalkan mereka.

Dekatkan diri
dengan yang mengamalkannya.

Wallahu a'lam.
 
Back
Top
Log in Register