BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengertian AKAL, ILMU dan PENDAPAT

dp1978

Junior Member
Messages
52
Joined
Feb 16, 2009
Messages
52
Reaction score
1
Points
11
Ketiga-tiga perkataan diatas sememangnya cukup sinonim dengan kita. aku sedang mencari satu tafsiran yang tepat terhadap ketiga-tiga perkataan ini. Apakah yang kita semua faham dengan ketiga-tiga perkataan ini mengikut tafsiran masing2. Yang pasti, aku yakin ketiga-tiga perkataan ini sangat penting untuk kita fahami pengertiannya. Mohon bincangkan secara berhemah.
 
Sebelum menggunakan AKAL untuk memberikan PENDAPAT perlulah ada ILMU
 
jadi apa yg tuan faham mengenai akal, pendapat dan ilmu dalam konteks pengertian sebenar mengikut kefahaman tuan.
 
ILMU takkan ada di dunia ini jika kita TAK ADA AKAL..

dalam Quran ada ilmu, tapi jika kita tak GUNA AKAL untuk memahami, ianya hanyalah sia2...

...
...
...
ni hanya pendapat peribadi...
so, wallahualam...
 
Last edited:
ILMU takkan ada di dunia ini jika kita TAK ADA AKAL..

dalam Quran ada ilmu, tapi jika kita tak GUNA AKAL untuk memahami, ianya hanyalah sia2...

...
...
...
ni hanya pendapat peribadi...
so, wallahualam...

setuju sangat. untuk memahami al-quran mesti guna lojik akal kita kan. tp aku heran kenapa masyarakat kita khususnya akan kata kita berfikiran sesat jika kita cakap hal2 ajaran agama Islam...mereka selalu kata kita x boleh guna lojik akal? x samapai akal aku nak pk...hurm...ada pendapat lain lg ke
 
Sebelum menggunakan AKAL untuk memberikan PENDAPAT perlulah ada ILMU

Setujukah anda kalau aku katakan ketiga2 inu tidak dapat dipisahkan. sebenarnya empat iaitu hati. keempat2 ini tidak dapat dipisahkan.
Pendapat adalah buah fikiran iaitu ucapan yang dizahirkan seseorang untuk menyampaikan perkara yang difikirkannya pada masa itu. Boleh dikatakan pendapat adalah cara pemikiran seseorang itu. cara pemikiran kita dipengaruhi oleh akal dan hati. Akal menganalisa dan membuat kesimpulan berdasarkan ilmu yg kita ada. hati yang menentukan penerimaan kesimpulan dari akal tersebut. sekiranya diterima ia dinamakan yakin.

Akal hanya boleh mengawal hati. Tapi hati boleh mempengaruhi akal tanpa kita sedar. denga kata lain kita tidak sengaja. kenapa begitu? jawapannya sayaitan yang sentiasa menunggu di hati kita.

Jadi 2 perkara yang aku rasa paling penting, akal dan ilmu. Bagi aku, ilmu hanyalah semata2 maklumat samaada dalam apa2 bentuk sekalipun, walaupun ada org mengatakan ianya ilmu. Kenapa aku kata begitu? Kerana ilmu adalah ilmu bagi kita bila kita mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap maklumat tersebut. itulah dikatakan ilmu. sambug lain kali jika ada pandangan lain terhadap apa aku katakan ini..
 
nampaknya tepat sekali jangkaanku bahawa masyarakat kita kini kurang berminat dengan perkara2 ilmiah ini. mereka terlalu suka perkara2 yang tidak menggerakkan akal mereka. kalaulah thread aku ni pasal hiburan, pasti ramai yang menyampuk....hurmmm masyarakat Malaysiaku....Melayuku...
 
setuju sangat. untuk memahami al-quran mesti guna lojik akal kita kan. tp aku heran kenapa masyarakat kita khususnya akan kata kita berfikiran sesat jika kita cakap hal2 ajaran agama Islam...mereka selalu kata kita x boleh guna lojik akal? x samapai akal aku nak pk...hurm...ada pendapat lain lg ke

jalan yg selamat, bukanlah dengan cara mengikut bulat2 ajaran orang lain... kalau ikut bulat2, ianya hanya bergantung pada nasib... jika nasib kita ikut orang yg betul, insyaAllah selamatlah kita... jika nasib terikut org yg sesat tanpa kita sedari, maka tak selamatlah kita...

tapi TIDAK SEMESTINYA dengan cara menggunakan akal akan menemui jalan kebenaran... TIDAK SEMESTINYA...

memang tak dinafikan 'memang akan ada YANG TERSESAT JALAN' ketika menimba ilmu agama....

tapi itu lah yang dinamakan ujian... ada yang sesat, ada yang tidak...

bagi aku, cara yg paling selamat adalah dgn menggunakan akal kita sendiri dan pada masa sama, perlu menghormati juga akal-akal (pendapat) org lain..

kerana pendapat-pendapat dari org lain juga adalah ilmu...

sesat atau tak, itu kita tak tahu siapa yg sesat atau tidak..

sbb itu kena hormat mana2 org tak kira siapa org tu...

by the way, ini hanya pendapat peribadi..
wallahualam
 
Setuju...ingin aku tambah sedikit jika tuan setuju...tiada jaminan akal kita sendiri tidak akan disesatkan oleh hati kita. semua manusia membuat kesilapan samaada secara sedar atau tidak. Jadi untuk memastikan akal kita sentiasa berupaya mengawal hati dengan kuat, setiap ilmu/maklumat yang kita terima mesti kita buktikan secara berulang kali supaya keyakinan kita terhadap maklumat itu cukup kuat. untuk berbuat demikian memerlukan kita berfikiran terbuka terhadap pendapat orang lain serta menggunakan pancaindera kita utk mendapatkan maklumat yang ada sekeliling kita. Pengertian ilmu itu sangat luas...sebenarnya apa yang ada sekeliling kita adalah ilmu cuma ramai yang tidak sedarinya. tidak sedar kerana akal tidak mentafsirkan maklumat itu.

apakah yang anda panggil senario ini....semasa kecil, ibubapa kita sering melarang kita panjat sana-sini, tapi kita tak mengerti kenapa ataupun sekadar setuju sebab takut. bila mereka tak tengok, kita panjat dan terjatuh. terasa sakit kemudian menangis. barulah kita yakin apa yang mereka katakan itu. apa ini tidak di panggil ilmu. Sekadar pendapat aku sahaja
 
Sebagai tambahan kepada thread di atas, kita akan sesat jika meyakini maklumat yang salah dan tak semestinya tidak akan sesat jika kita meyakini maklumat yang benar. sesat sekarang tak semestinya sesat selama-lamanya. semuanya berpunca dari penunggu hati kita. Hati2...

Untuk membuktikan apa yang aku katakan ini...cuba lihat dan perhatikan apa yang berlaku di negara kita...perhatikan agamawan2 politik dan pengikut2 mereka. anda akan jumpa perhatikan dan fikir menggunakan akal dan jawab dengan hati..sekadar contoh yang mudah diterjemah.
 
Back
Top
Log in Register