BTC USD 83,981.1 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Syirik

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Zuhair bin Harb, diceritakan oleh Abdul Samad bin Abdul Warits, diceritakan oleh Hajib bin Umar Abu Husyainah ats-Tsaqafi, diceritakan oleh al-Hakam bin al-'A'raj, daripada Imran bin Hushain,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Akan masuk syurga
daripada golongan umatku
sebanyak tujuh puluh ribu (70000) orang
tanpa hisab."

Mereka (para sahabat) bertanya,
"Siapakah mereka wahai Rasulullah?


Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Mereka adalah orang yang tidak melakukan ruqyah
(perubatan yang mengandungi doa kepada selain Allah),

tidak bertathayyur
(sejenis kepercayaan khurafat),

tidak melakukan rawatan kay
(sejenis rawatan menggunakan besi panas)

dan mereka bertawakal kepada Tuhan mereka."


(Hadith Muslim no. 321)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
tak berapa faham. boleh jelaskan sedikit?
 
tak berapa faham. boleh jelaskan sedikit?

Pada pemahaman saya,

Hadith ni ceritakan tentang
orang2 yang masuk syurga tanpa hisab.
Kebanyakannya melibatkan tauhid vs syirik.
Tauhid = mengesakan Allah = hanya Allah Maha Berkuasa.
Syirik =menyekutukan Allah = ada yang berkuasa selain Allah.

Orang2 tersebut:
1) Orang yang tak buat rawatan ruqyah (bacaan atau jampi)
yang bergantung harap pada yang selain Allah.
Sepatutnya, berharap pada Allah sahaja.

2) Orang yang tak percaya benda2 tahyul atau khurafat.
Contoh, ada benda yang sial atau tak ada ong.

3) Orang yang tak buat rawatan yang boleh cederakan tubuh badan.
Contoh guna besi panas atau seumpamanya.

4) Orang bertawakal pada Allah semata2.

Wallahu a'lam.
 
Last edited:
Pada pemahaman saya,

Hadith ni ceritakan tentang
orang2 yang masuk syurga tanpa hisab.
Kebanyakannya melibatkan tauhid vs syirik.
Tauhid = mengesakan Allah = hanya Allah Maha Berkuasa.
Syirik =menyekutukan Allah = ada yang berkuasa selain Allah.

Orang2 tersebut:
1) Orang yang tak buat rawatan ruqyah (bacaan atau jampi)
yang bergantung harap pada yang selain Allah.
Sepatutnya, berharap pada Allah sahaja.

2) Orang yang tak percaya benda2 tahyul atau khurafat.
Contoh, ada benda yang sial atau tak ada ong.

3) Orang yang tak buat rawatan yang boleh cederakan tubuh badan.
Contoh guna besi panas atau seumpamanya.

4) Orang bertawakal pada Allah semata2nya.

Wallahu a'lam.
terima kasih penerangannya.
 
1764666288405.png


Hadits Muslim no. 5300
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Abu Hurayrah (radhiyallahu `anhu),
Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,

“Allah Tabaraka wa Ta`ala berfirman,

“Aku adalah Dzat yang paling tidak berhajat
kepada sekutu.

Barang siapa yang melakukan satu amalan
yang dia niatkan untuk-Ku.
Dan untuk selain-Ku.

Maka Aku tinggalkan dia
bersama sekutunya.”

Nota penting
Sebarkan dan beramal dengan ilmu yang sahih sahaja.
Kerana dusta atas nama Rasul Allah, tempatnya di neraka!
Dan sesiapa yang berkata tetapi tidak melakukannya
tanpa sebab yang dibenarkan,
dicela oleh Allah di dalam al-Qur’an!

Teks Arab

حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَخْبَرَنَا رَوْحُ بْنُ الْقَاسِمِ عَنْ الْعَلَاءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ يَعْقُوبَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنْ الشِّرْكِ مَنْ عَمِلَ عَمَلًا أَشْرَكَ فِيهِ مَعِي غَيْرِي تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ
 
1786780146899.png


Hadits Abu Dawud no. 3411
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada `Abd Allah ibn Mas`ud (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Thiyarah (menyangka sesuatu membawa nasib buruk) adalah syirik.
Thiyarah adalah syirik.
Tiga (3) kali.”

(Kata `Abd Allah ibn Mas`ud),
“Dan tiada seorang pun daripada kami
melainkan (terlintas perasaan sebegitu).

Tetapi Allah menghilangkannya
dengan tawakkal."

Teks Arab
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنْ سَلَمَةَ بْنِ كُهَيْلٍ عَنْ عَيْسَى بْنِ عَاصِمٍ عَنْ زِرِ بْنِ حُبَيْشٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الطِّيَرَةُ شِرْكٌ الطِّيَرَةُ شِرْكٌ ثَلَاثًا وَمَا مِنَّا إِلَّا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُذْهِبُهُ بِالتَّوَكُّلِ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Back
Top
Log in Register