AceGlobal13
Active Member
- Messages
- 1,969
- Joined
- Dec 22, 2008
- Messages
- 1,969
- Reaction score
- 81
- Points
- 30
Salam Ustaz Ace Global.
Muhammad Al Mahdi.
Mari kita lihat dalam perpektif dua mazhab terulung dunia Sunnah dan Syiah.Kita tolaklah wahabi yang rata rata mengatakan Imam Mahdi tak ujud atau hanya rekaan semata mata.
Di dlm Sunnah Imam Mahdi belum ditentukan lagi,mereka masih tercari cari dan dlm usha mereka mencari maka banyaklah diantara mereka mengaku bahwa merekalah Imam Mahdi yang ditunggu tunggu.Di Malaysia di Indonesia dan di Timur tengah sepanjang sejarah ramai telah mengaku tapi akhirnya terkubur begitu sahaja.Hingga kini masih mencari.
Persoalannya apakah kritiria untuk melayakkan mereka dipanggil Imam Mahdi.
Siapakah pendukung beliau.
Didlm Syiah khususnya Syiah Imamiah kalau ustaz ace berpegang disitu.Muhammad Al Askari merupakan Imam Mahdi yang dipercayai oleh mereka.Beliau telah Ghaib Kubra dan sehingga kini hanya memberi arahan melalui naibul imam kalau tak silap selepas Imam Khomeini pengganti beliau adalah Imam Khamenei mengenai urusan keagamaan.
Disini Imam Mahdi telahpun ditentukan orangnya dan menunggu beliau zuhur atau hadir untuk memimpin ummat.
Dari dua perpektif tadi bolehkah ustaz terangkan secara terperinci keyakinan manakah yang tepat dan jitu untuk kita pegang, semuga rakan rakan cg kita mampu menilai.
Permasalahan Sunnah dan Syiah ini telah berlarutan beribu tahun lamanya.Ustaz tak boleh abaikan kerana Iannya melibatkan Akidah untuk kita pegang dan amalkan.Tentu ustaz Ace lebih aris berbanding saya yang baru nak belajarni.
Perbezaan Sunnah dan Syiah bagi dari segi Akidah,Ibadah dll amatlah jauh ketara,Itulah sebabnya tiada sefahaman dan pengiktirafan antara satu sama lain.
Wassalam
Bismillah...saya rasa saya pun tak layak menerangkan perkara ni...bukan semua perkara dalam pengetahuan saya...masing2 ada bahagian masing2. Wallahu A`lam...saya minta anda umumkan soalan ini kepada forumer kita yang lain juga ya...
Secara ringkas saja,
1.Tentang imam Al-Mahdi dari sudut pandangan Syiah Imamiyah yang setahu saya bukan Muhammad al-Askari. Imam al-Askari namanya Hasan dan askari adalah gelarannya, Sementara imam Mahdi namanya Muhammad dan gelarannya al-Mahdi.
Tentang al-Mahdi yang memang sudah tergolong sebagai 12 khalifah adalah jelas dan ciri yang pertama sudah sewajibnya dari keturunan Nabi s,a,w.
2. Tentang Imam Khomeini dan Khamenei keduanya bukan Naibul Imam Mahdi setahu saya, mereka adalah pengasas kepada Wilayah al-Faqih iaitu pemimpin dalam soal keagamaan bersifat sementara waktu. Manakala Naib Imam dan meninggal dan setahu sayalah ada 4 orang dan akhir mereka sezaman dengan al-Kulaini...Wallahu A`lam.
Saya tak berapa kaji sangat pasal Syiah Imamiyah ni secara mendalam, tapi sekadar pengetahuan asas masa belajar Fiqhul Mazahib dulu..disamping buku2 Aqidah dan pecahan mazhab macam buku imam Asy`ari Maqalat islamiyin, Al-Farqu bainal Firaq oleh Al-Isfar`ini.. dan lain-lain.
Wallahu A`alam...