Pengertian Mujaddid

CG Sponsors




king_diamond

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
359
Points
131
Di zaman ketika masih ada Nabi dan Rasul, manusia merujuk kepada para nabi dan Rasul utusan Tuhan. Ketika kenabian sudah ditutup dengan kedatangan Rasulullah SAW manusia diminta bertanya kepada para ulama yang haq, ulama pewaris nabi.

Firman Allah SWT : “Bertanyalah kamu kepada ahli zikir jika kamu tidak mengetahui.”

Untuk menyelamatkan umat Islam, dengan rahmat dan kasih sayang Allah, setiap awal kurun, Allah kirimkan kepada umat Islam ini ulama besar yang bertaraf mujaddid (pembaharu).

Rasulullah saw pernah bersabda : ‘Sesungguhnya ALLAH akan mengutus pada umat ini (umat Rasulullah) setiap awal 100 tahun seorang mujaddid yang membaharui urusan agamanya. ”

Mujaddid berasal dari perkataan jaddada

yujaddidu, tajdidan, mujadidun, mujaddidun

Jaddada :dia telah membaharui

yujadidu :dia sedang atau akan membaharui

tajdidan : pembaharuan

mujadidun : orang yang membawa pembaharuan

Mujaddid maknanya orang yang membawa pembaharuan. Mujaddid itu bahasa Arab, dalam bahasa Inggeris dikatakan “Reformer”yang ertinya Pembaharu.

Apakah maksud memperbaharui urusan agama? Adakah dia membaharui isi Al Quran, atau isi Hadis atau isi Islam? Tidak. Ia tetap membawa Al Quran, Hadis dan akhlak Islam, isi yang lama yang pernah dibawa oleh Rasulullah SAW. Tetapi ia mendapat ilham dari Allah dan membawa satu penafsiran baru tentang Al-Qur’an dan Hadis.

Penafsirannya yang bersumber dari ilham itulah yang paling tepat dan sesuai untuk diamalkan di zaman itu. Dia tidak hanya menafsirkannya tetapi juga mengamalkan tafsiran tersebut dalam diri, keluarga, jamaah dan perjuangannya. Dialah Al Qur’an dan ‘hadis berjalan’ di kurun itu.

Hasil dari keindahan Islam yang dibawa dan diperjuangkannya, banyak orang yang sangat fanatik dalam mencintai dan mengikutinya, tetapi tidak kurang juga yang sangat menentangnya, kerana tidak faham atau hasad dengki dengannya.

Dia juga membawa style yang baru yang tidak pernah ditempuh oleh orang lain selama ini. Hingga Islam dapat diamalkan oleh masyarakat.

Dengan kata-kata lain, agama yang sudah lama ditinggalkan itu dapat dihidupkan kembali oleh mujaddid tersebut dengan menggunakan method, uslub, teknik, strategi dan kaedah baru yang sesuai dengan fikiran dan suasana zamannya.

Dalam ajaran Islam ini tujuan dan matlamat tidak boleh berubah tetapi method dan uslub boleh berubah sesuai dengan fikiran manusia yang senantiasa berubah dan keadaan masa di zaman itu.

Sebab itu sekiranya ada seorang pemimpin tetapi dia ikut style yang lama, walau bagaimana hebat sekalipun kepemimpinannya tidak dianggap sebagai mujaddid. Lebih- lebih lagi kalau lahirnya bukan di awal kurun.

Kerana zaman dan situasi yang berbeza antara satu mujaddid dengan mujaddid lain,maka style antara satu mujaddid dengan mujaddid yang lain juga tidak sama. Tekniknya berbeza tetapi perkara yang diperjuangkan adalah sama yaitu mengajak manusia kepada Allah SWT Sebab itu jika kita mengkaji sejarah walaupun Islam tidak menjadi imperium tetapi di tangan mujaddid, Islam tetap hidup dan berkembang. Masih berlaku kesyumulan Islam dalam jemaah pimpinannya.

Jadi mujaddid itu tidak membawa agama yang baru, kerana tidak ada Nabi dan Rasul selepas Rasulullah. Dia hanya membawa ajaran Rasulullah. Supaya ajaran Rasulullah SAW itu diamalkan oleh masyarakat, maka dia meniti di atas teknik, method, uslub, cara, kaedah, style dan strategi yang baru yang sesuai dengan kerosakan yang berlaku di zamannya. Sebab itu orang mudah menerimanya, sedangkan pejuang-pejuang lain di zamannya masih lagi mengekalkan style dan cara yang lama. Sebab itu masyarakat tidak dapat menerima mereka. Tetapi pejuang-pejuang yang tidak faham ini kadang-kadang menyalahkan masyarakat yang tidak mahu menerima Islam. Padahal bukan masyarakat yang tidak mahu Islam, tetapi kaedah mereka yang gagal untuk menarik minat orang kepada Islam.Tetapi kepada mujaddid, ALLAH membekalkan padanya melalui ilham satu cara, method dan kaedah yang tersendiri.

Soalannya :- siapakah mujaddid di masa kini yang patut kita ikuti dan bertanya sekiranya timbul percanggahan yang baru?
 
Sponsored Post

ahib0205

Legendary Member
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
740
Points
166
thanks beri peringatan....

pada pendapat saya, ayuh kita teruskan beljar dan belajar... :)

:)cgrock
 

AceGlobal13

Active Member
Joined
Dec 22, 2008
Messages
1,969
Reaction score
81
Points
30
Sebuah isu yang baik...dan saya yakin thread ini kuat hubungannya dengan thread tuan king tentang sistem khalifah tersebut.:)

Pandangan saya: Benarlah bahawa setiap zaman ada seorang yang bukan taraf Nabi atau Rasul sebagai penyambung warisan agung syariat Allah s.w.t dan individu tersebut dipanggil Mujaddid.

Mujaddid seperti yang diterangkan tuan king jelas iaitu pembaharu atau reformer. Beliau diberikan ilham oleh Allah untuk memperbaharui atau dalam ertikata yang paling mudah difahami ialah MENYEGARKAN KEMBALI ajaran Muhammad s.a.w dalam bentuk dan tuntutan zaman hidupnya.

Jika saya boleh memberikan pandangan, memandangkan Mujaddid tersebut merupakan penyambung warisan Nabi, maka apakah beliau perlu ada ciri2 yang sama dengan Nabi? Ini memandangkan ulama terlalu ramai di dunia Islam kini, dan semuanya membuat pembaharuan dalam teknik dan dakwah Islam dan masing2 ada method dan uslub masing2. Ini secara langsung tak menunjukkan kepada Kesegaran tapi Kekeliruan.

Jadi, jika kita ambil kira dari persoalan tuan king iaitu:

Soalannya :- siapakah mujaddid di masa kini yang patut kita ikuti dan bertanya sekiranya timbul percanggahan yang baru?
Maka seharusnya kita sedar bahawa jika kita buat bandingan dengan Nabi s.a.w, baginda merupakan pembawa syariat yang suci dari Allah yang Maha suci, baginda juga suci. Segala kekeliruan yang berlaku maka bagindalah yang menjadi penyelesainya. Firman Allah:

فإن تنازعتم فى شيئ فردوه إلى الله والرسول

"Apabila kamu bertelingkahan dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembalikannya (rujuk) kepada Allah dan Rasul"

Masalahnya sekarang, ulama yang membuat pembaharuan ramai. Dan masing2 ada pendapat tersendiri. Maka bagaimanakah kita mahu mengenali ciri2 sebenar Mujaddid tersebut untuk kita terus merujuk kepadanya dan mengenepikan ulama2 lain? Tak mungkin Mujaddid itu semuanya bukan,ia wajib seorang sahaja sebagai pemberi kata putus dalam segala masalah yang timbul.

Contohnya cukup kita di Malaysia. Setiap negeri ada mufti. Tapi apabila seorang mufti mengeluarkan sesuatu fatwa (pendapat baharu atas masalah tuntutan zaman baru)maka bukan semua mufti yang lain bersetuju. Jadi, adakah mufti A yang benar atau mufti B C dan D yang benar? Ini merupakan kekeliruan yang timbul.

Jadi seharusnya ciri2 khusus wajib ada pada mujaddid tersebut. Ciri2 itu telahpun Allah jelaskan di dalam al-Quran dengan firmanNya:

يا ايها الذين آمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصادقين

"Wahai orang2 yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bergabung dengan orang2 yang benar"

Ini ciri yang paling utama iaitu Orang Yang Benar.

Siapakah orang yang benar tersebut? Sudah pasti dia seorang yang memiliki kekuatan ilmu dan amal yang mampu mengajak manusia kepada kebenaran. Ini kerana dirinya sudah diresapi al-Quran dan as-Sunnah. Bahkan keduanya sebati dalam darah dagingnya. Sebagaimana yang dikatakan tuan king iaitu:

Dialah Al Qur’an dan ‘hadis berjalan’ di kurun itu.
Orang yang benar adalah orang yang mampu menunjukkan jalan kebenaran dengan dirinya sendiri tanpa perlu melalui proses ambil dan beri. Firman Allah:

أفَمَن يَهدِي اِلى َالحَقِّ أحَقُّ أَن يُتَّبَع أَمَّن لاَ يَهدِي اِلاَّ أنْ يُهدَى فَمَا لَكُم كَيفَ تحَكُمُون

"Apakah orang yang menunjukkan kepada jalan kebenaran itu lebih berhak diikuti atau orang yang tidak dapat memberi petunjuk melainkan diberi petunjuk? Mengapa kamu berbuat demikian? Bagaimana kamu membuat keputusan?" [Yunus: 35]

Menerusi ayat ini, Allah s.w.t bertanya sebagai membuka fikiran hamba-hamba-Nya bahawa apakah orang-orang yang mampu menunjukkan ke arah jalan al-Haq itu lebih layak diikuti atau mereka yang sebelumnya tidak mampu melainkan setelah diberi petunjuk? Dalam ertikata lain, apakah orang yang mampu memberi itu lebih layak dari orang yang menerima kemudian memberi semula?
 

AceGlobal13

Active Member
Joined
Dec 22, 2008
Messages
1,969
Reaction score
81
Points
30
Mujaddid akhir zaman sudah pasti adalah manusia yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t dan Rasul s.a.w. Jika tidak seluruh manusia akan berebut2 dalam menentukan "ulama" kesayangannya...atau "ustaz2" atau "maulana2" yang mereka sanjungi sebagai mujaddid..

Mujaddid tiada lain wajib dari kalangan Ahlul Bait Nabi s.a.w dengan bukti sabda baginda s.a.w:

Diriwayatkan oleh Al-Hakim dari Abu Dzar dan Al-Bazzar dari Ibnu Abbas dan Ibnu Zubair bahawa Rasul telah bersabda:

انّ مثل أهل بيتي فيكم مثل سفينة نوح من ركبها نجا ومن تخلّف عنها هلك / غرق

"Sesungguhnya perumpamaan Ahlul Baitku di sisi kalian laksana bahtera Nuh a.s. Barangsiapa yang menaikinya akan selamat dan siapa yang meninggalkannya akan musnah / tenggelam"

(Sila rujuk hadits: As-Sawa`iqul Muhriqah: Hal. 282, Mustadrak al-Hakim: 3/151, Nuzm Durar Simthin: Hal. 235, Yanabi`ul Mawaddah: Hal 30 & 370, Is`afur Raghibin: Hal. 109, Faraidus Simthin: 2/246. Bil. 519, Al-Mu`jam As-Saghir: 1/139, Majama`uz Zawaid: 9/168, Nurul Absar: Hal. 104, Al-Fathul Kabir: 1/414 & 2/113, Kunuzul Haqaiq: Al-Manawi. Hal 119 dan Ihqaqul Haq: At-Tasturi 9/270-293)

Menerusi hadits ini, baginda Nabi membuat perumpamaan yang amat jelas bahawa kepimpinan Ahlul Bait diibaratkan seperti bahtera Nabi Allah Nuh a.s. Setelah siap bahtera tersebut, Nabi Nuh menyeru umatnya untuk naik ke atas bahtera tersebut kerana banjir besar akan melanda. Meskipun begitu, sebahagian besar dari umatnya enggan dan tidak mempercayai baginda termasuklah anak dan isterinya. Apabila hujan turun dan berlaku banjir sebagaimana yang dikatakan Nuh a.s, dengan sedaya upaya mereka mahu mencari perlindungan dengan memanjat bukit-bukit dan gunung-gunug semata-mata mahu menyelamatkan diri dari azab tersebut. Malangnya, mereka tetap mati tenggelam meskipun dengan "jalan lain" untuk menyelamatkan diri.

Ahlul Bait diibaratkan sebagai bahtera Nuh penyelamat umat. Dari itu, barangsiapa yang enggan kembali kepada kepimpinan dan tunjuk ajar serta menjadikan mereka sebagai tempat rujukan (Bahtera Nuh), maka pada hakikatnya mereka telah hanyut tenggelam menjadi sesat meskipun dengan yakin mengikuti jalan lain (selain jalan Ahlul Bait) dengan mencari individu lain sebagai tempat perlindungan atau rujukan agamanya (Bukit dan Gunung).
 
Last edited:

suchi_7266

Fun Poster
Joined
Jan 17, 2008
Messages
654
Reaction score
14
Points
15
Salam Sejahtera Tuan Aceglobal
Nampaknya tuan membawa pendekatan Ahlul Bait atau Syiah.
Hujah hujah tuan amat berkesan dengan hadith dan alquran untuk menyokong fakta fakta itu.
Apakah tuan ace ini pengikut ahlul bait atau syiah,jika benar Aliran mazhab yang mana yang tuan ikut.
Persoalan mujaddid dikalangan ahli sunnah amatlah luas,malangnya sehingga kini dikalangan pengikut Ahli Sunnah gagal mengenalpasti siapakah mujaddid yang dimaksudkan.Mujaddid sebenarnya berperanan memimpin ummat didunia bukannya hanya memimpin umat di Malaysia atau di Indonesia atau disatu satu kawasan sahaja. Sebagaimana Rasul diutus untuk umat sejagat sudah tentu Mujaddid sedemikian layaknya.

tentu ada pakar pakar CG yang boleh memberi satu contoh atau nama mujaddid zaman ini yang boleh kita ikuti dan menyokongnya melalui persperktif Ahli Sunnah.

Bagi tuan Ace pula sila kemukakan hujjah siapakah mujaddid yang diiktiraf zaman ini berserta nama dan keturunannya agar jelas dengan dalil nas dan hadith agar dapat kita menilai dan meyakini dialah mujaddid akhir zaman yang dipilih oleh Allah untuk memimpin ummat.

Wassalam
 

AceGlobal13

Active Member
Joined
Dec 22, 2008
Messages
1,969
Reaction score
81
Points
30
Salam Sejahtera Tuan Aceglobal
Nampaknya tuan membawa pendekatan Ahlul Bait atau Syiah.
Hujah hujah tuan amat berkesan dengan hadith dan alquran untuk menyokong fakta fakta itu.
Apakah tuan ace ini pengikut ahlul bait atau syiah,jika benar Aliran mazhab yang mana yang tuan ikut.
Persoalan mujaddid dikalangan ahli sunnah amatlah luas,malangnya sehingga kini dikalangan pengikut Ahli Sunnah gagal mengenalpasti siapakah mujaddid yang dimaksudkan.Mujaddid sebenarnya berperanan memimpin ummat didunia bukannya hanya memimpin umat di Malaysia atau di Indonesia atau disatu satu kawasan sahaja. Sebagaimana Rasul diutus untuk umat sejagat sudah tentu Mujaddid sedemikian layaknya.

tentu ada pakar pakar CG yang boleh memberi satu contoh atau nama mujaddid zaman ini yang boleh kita ikuti dan menyokongnya melalui persperktif Ahli Sunnah.

Bagi tuan Ace pula sila kemukakan hujjah siapakah mujaddid yang diiktiraf zaman ini berserta nama dan keturunannya agar jelas dengan dalil nas dan hadith agar dapat kita menilai dan meyakini dialah mujaddid akhir zaman yang dipilih oleh Allah untuk memimpin ummat.

Wassalam
Salam salam tuan Suchi...tersedak saya...:)

Seharusnya kita bersikap adil dalam apa jua bentuk perbahasan ilmi. Maka begitulah keadaannya dalam pengambilan al-Hadits. Hadits tersebut merupakan riwayat shahih dari para ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Dan apa yang saya mahu tekankan hanyalah Mujaddid adalah pasti dari kalangan Ahlul Bait Nabi s.a.w. Kerana hanya mereka yang diberi perhatian khusus oleh Nabi dalam membimbing umat disamping bantuan dan sokongan dari para ulama Islam. Syiah atau Sunni itu bukan soalnya. Jika hadits sebegini lebih di "highlight" kan oleh Syiah maka itu adalah kebetulan.

Jika kita mahu meneliti lagi ketepatan tentang Kelayakan Ahlul Bait sebagai golongan Mujaddid yang dijanjikan pada setiap 100 tahun, Nabi bersabda lagi untuk menekankan soal ini:

Sebuah hadits yang dishahihkan oleh Ibnu Hajar al-Haitami asy-Syafi`ie menerusi karyanya As-Sawa`iqul Muhriqah yang berbunyi:

اِنّي تارك فيكم أمرين لن تضلوا ان تتّبعوهما, وهما كتاب الله وأهل بيتي عترتي اِنّي سألتُ ذلك لهما فلا تقدِّموهما فتهلكوا ولا تقصروا عنهما فتهلكوا ولا تُعَلِّموهم فانهم أعلم منكم

"Sesungguhnya aku tinggalkan buat kalian 2 perkara yang kalian tidak akan sesat buat selamanya selagi kalian mengikut keduanya. Keduanya adalah kitab Allah dan Ahlul Baitku. Dari itu, jangan kalian mendahului keduanya (memandai-mandai) kerana kalian akan binasa. Dan jangan kalian memperkecilkan keduanya kerana kalian akan binasa. Dan jangan kalian mengajar mereka (Ahlul Bait)kerana mereka lebih mengetahui dari kalian"

(Sila rujuk: As-Sawa`iqul Muhriqah: Hal. 230, Majma`uz Zawaid: 9/163, Yanabi`ul Mawaddah: Hal 41 & 355, Ad-Durul Mantsur: 2/60, Kanzul Ummal: Bil Hadits. 958 dan Usudul Ghabah: 3/137.)

Secara umumnya Mujaddid adalah dari keturunan Ahlul Bait Nabi s.a.w. dan sudah pasti namanya Muhammad al-Mahdi.
 

kemolok

Super Active Member
Joined
Oct 10, 2007
Messages
6,131
Reaction score
25
Points
70
salman al - farisi juga diktiraf oleh rasul sebagai ahlul bait...
walaupun beliau bukan kerabat rasul...


wallahu a'alam
 

suchi_7266

Fun Poster
Joined
Jan 17, 2008
Messages
654
Reaction score
14
Points
15
Salam Ustaz Ace Global.

Muhammad Al Mahdi.

Mari kita lihat dalam perpektif dua mazhab terulung dunia Sunnah dan Syiah.Kita tolaklah wahabi yang rata rata mengatakan Imam Mahdi tak ujud atau hanya rekaan semata mata.

Di dlm Sunnah Imam Mahdi belum ditentukan lagi,mereka masih tercari cari dan dlm usha mereka mencari maka banyaklah diantara mereka mengaku bahwa merekalah Imam Mahdi yang ditunggu tunggu.Di Malaysia di Indonesia dan di Timur tengah sepanjang sejarah ramai telah mengaku tapi akhirnya terkubur begitu sahaja.Hingga kini masih mencari.
Persoalannya apakah kritiria untuk melayakkan mereka dipanggil Imam Mahdi.
Siapakah pendukung beliau.

Didlm Syiah khususnya Syiah Imamiah kalau ustaz ace berpegang disitu.Muhammad Al Askari merupakan Imam Mahdi yang dipercayai oleh mereka.Beliau telah Ghaib Kubra dan sehingga kini hanya memberi arahan melalui naibul imam kalau tak silap selepas Imam Khomeini pengganti beliau adalah Imam Khamenei mengenai urusan keagamaan.
Disini Imam Mahdi telahpun ditentukan orangnya dan menunggu beliau zuhur atau hadir untuk memimpin ummat.

Dari dua perpektif tadi bolehkah ustaz terangkan secara terperinci keyakinan manakah yang tepat dan jitu untuk kita pegang, semuga rakan rakan cg kita mampu menilai.

Permasalahan Sunnah dan Syiah ini telah berlarutan beribu tahun lamanya.Ustaz tak boleh abaikan kerana Iannya melibatkan Akidah untuk kita pegang dan amalkan.Tentu ustaz Ace lebih aris berbanding saya yang baru nak belajarni.
Perbezaan Sunnah dan Syiah bagi dari segi Akidah,Ibadah dll amatlah jauh ketara,Itulah sebabnya tiada sefahaman dan pengiktirafan antara satu sama lain.

Wassalam
 
Sponsored Post
Top
Log in Register