BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penganjur Liga Sukan Perlu Dapatkan Nasihat, Kebenaran Badan Tertinggi Sukan - Exco

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Penganjur Liga Sukan Perlu Dapatkan Nasihat, Kebenaran Badan Tertinggi Sukan - Exco​

d1097839b591405b0f8e22765b9547296a5d94eac964a

Mohd Hairi Mad Shah

Penganjuran mana-mana liga atau kejohanan sukan di Johor perlu mendapatkan nasihat serta kebenaran daripada badan tertinggi sukan berkenaan bagi memastikan aspek keselamatan peserta terjamin.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata langkah itu perlu bagi mengelakkan sebarang risiko tidak diingini, susulan insiden seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang meninggal dunia ketika beraksi dalam satu liga bola sepak, baru-baru ini.

"Saya minta setiap penganjuran sukan harus merujuk kepada badan tertinggi sukan di peringkat Malaysia mahupun negeri. Kita tidak boleh menganjurkan liga tanpa sebarang nasihat daripada badan persatuan sukan ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Clock-In di Pejabat Majlis Sukan Negeri Johor di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri memandang serius insiden berkenaan dan mahu Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mengambil tindakan proaktif bagi memastikan setiap penganjuran liga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Saya harapkan dari segi aspek keselamatan, perubatan dan sebagainya diteliti semula. Saya juga minta agar pihak PBNJ melihat kes ini secara serius dan mengambil tindakan atau memanggil penganjur untuk mendapatkan justifikasi yang lebih jelas," katanya.

Mohd Hairi turut memaklumkan bahawa hasil semakan mendapati penganjuran kejohanan bola sepak yang disertai kanak-kanak berusia 12 tahun itu pada Sabtu lepas tidak melalui proses sewajarnya.

”Terdapat banyak liga yang beroperasi di Johor tanpa sebarang kebenaran daripada PBNJ mahupun persatuan daerah. Justeru, saya meminta penganjur bagi semua jenis sukan, bukan hanya bola sepak, untuk mendapatkan kebenaran rasmi daripada badan persatuan sukan di negeri ini,” katanya.

Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas kehilangan bakat muda tersebut dan memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan memastikan perkara itu tidak berulang pada masa hadapan.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka dan memastikan setiap pertandingan yang disertai anak-anak mereka mendapat pengiktirafan rasmi daripada persatuan sukan negeri atau badan berkaitan bagi memastikan tahap keselamatan dan kemudahan perubatan terjaga.

 
Back
Top
Log in Register