BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penerapan Nilai Kenegaraan Perlu Diperkukuh Demi Pembinaan Negara Bangsa - Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Penerapan Nilai Kenegaraan Perlu Diperkukuh Demi Pembinaan Negara Bangsa - Anwar​

1d1a54666a881d2547ffe034eb0ea72d6a4bc78482bcf

fb Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penerapan nilai kenegaraan perlu terus diperkukuh bagi melahirkan insan yang berjati diri, berintegriti dan berpegang kepada nilai-nilai murni demi mengangkat martabat Malaysia.

Beliau berkata usaha itu penting bagi menyemai semangat cintakan negara menerusi pembentukan masyarakat yang berteraskan nilai kenegaraan.

“Dalam Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan yang saya pengerusikan hari ini, saya menekankan kepentingan penerapan nilai kenegaraan agar semangat cintakan negara terus subur dalam kalangan rakyat,” kata beliau dalam hantaran menerusi Facebook, malam ini.

Anwar berkata beliau turut mendengar taklimat mengenai kemajuan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), yang menunjukkan perkembangan memberangsangkan serta mendapat sambutan amat baik daripada peserta dan ibu bapa.

“Program ini wajar terus diperkasakan sebagai wadah membina jati diri, disiplin serta ketahanan rakyat,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata mesyuarat itu turut mengetengahkan peranan Felo Kenegaraan yang menghimpunkan tokoh dan negarawan daripada pelbagai latar belakang untuk menyumbang idea ke arah memperkukuh agenda pembinaan negara bangsa.

 
Back
Top
Log in Register