BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Penduduk Kampung Asaon diusir PBT dari penempatan asal

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,486
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,486
Reaction score
1,681
Points
201




Dalam kenyataannya, Fezeline menegaskan bahawa penduduk kampung bukan penceroboh, bukan Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan bukan penjenayah, sebaliknya merupakan penduduk asal yang telah lama menetap di kawasan berkenaan secara turun-temurun.

Menurut beliau, kewujudan kuburan nenek moyang di kawasan tersebut menjadi bukti bahawa tanah itu telah didiami keluarga mereka sejak sekian lama.

“Kami orang asal di tanah adat nenek moyang kami. Kami bukan penceroboh, kami bukan PTI dan kami bukan penjenayah, tetapi kenapa kami harus diusir dari tanah adat kami sendiri,” katanya dalam hantaran yang tular di Facebook.

Penduduk turut mempersoalkan tindakan penguatkuasaan terhadap mereka sedangkan masih terdapat banyak penempatan haram lain yang didakwa belum diambil tindakan sewajarnya.

Mereka mendakwa telah berkali-kali menghantar surat permohonan bagi menuntut pengiktirafan hak tanah adat, namun permohonan tersebut dikatakan ditolak.

Keadaan itu menyebabkan penduduk kini hidup dalam kebimbangan kerana pengusiran berpotensi menyebabkan mereka kehilangan tempat tinggal, sumber pendapatan daripada tanaman serta warisan sejarah keluarga mereka.

Menurut penduduk, kebanyakan keluarga di kawasan itu bergantung kepada hasil tanaman dan tanah berkenaan sebagai sumber utama sara hidup.

Mereka turut berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan penyelesaian yang lebih berperikemanusiaan tanpa menjejaskan kehidupan penduduk tempatan.

“Kami hanya rakyat biasa yang tiada kuasa untuk melawan kerajaan. Kami cuma mahu mempertahankan dan menuntut hak tanah adat kami,” kata Fezeline lagi.

Penduduk Kampung Asaon juga berharap pihak kerajaan, khususnya Ketua Menteri Sabah, dapat turun padang untuk melihat sendiri keadaan mereka selain mendengar keluhan rakyat yang mendakwa semakin tertekan dengan isu berkenaan.

Mereka menegaskan rayuan itu bukan bertujuan menentang kerajaan, sebaliknya memohon simpati dan pertimbangan agar hak serta kebajikan penduduk asal terus dipelihara demi masa depan generasi mereka.

#borneonmania #sabah

Kredit➡️ Borneon Mania
 
Back
Top
Log in Register