BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Babak tidak senonoh dalam teater, UM akui persembahan tidak selaras skrip asal

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
Babak tidak senonoh dalam teater, UM akui persembahan tidak selaras skrip asal



KUALA LUMPUR: Persembahan teater yang didakwa berunsur adegan tidak senonoh dalam satu pertandingan seni di Universiti Malaya (UM) didapati tidak selaras dengan skrip asal yang dipertandingkan.

UM dalam satu kenyataan berkata, teater yang dipersembahkan itu dikesan jelas merupakan pelanggaran terhadap syarat pertandingan yang ditetapkan.

“Berdasarkan syarat-syarat umum dan peraturan pertandingan Karnival Teater (KARVITER) UM, setiap persembahan hendaklah bebas daripada unsur negatif, provokasi atau kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan, moral, etika, budaya dan nama baik universiti.

“Hasil penelitian mendapati adegan yang dipertontonkan adalah tidak selaras dengan skrip asal yang sudah melalui proses tapisan dan jelas merupakan pelanggaran terhadap syarat pertandingan yang ditetapkan,” katanya, di sini hari ini.

Sejak semalam, satu persembahan teater yang didakwa berlaku di sebuah dewan di UM menjadi viral apabila memaparkan adegan ghairah ‘di atas katil’ dan netizen mendakwa, ia berunsur tidak bermoral dan tidak sepatutnya berlaku di sebuah institusi pengajian yang terbilang itu.

Mengulas lanjut, UM berkata, pihaknya memandang serius terhadap perkara itu dan mengambil maklum mengenai segala kebimbangan yang dibangkitkan.

“UM juga memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku serta sebarang kegusaran yang timbul, malah universiti juga tidak berkompromi terhadap mana-mana pelanggaran garis panduan program atau peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Tambah UM, persembahan itu juga diputuskan tidak layak untuk dinilai dan tindakan susulan sedang dilaksanakan bagi mengukuhkan pemantauan serta memastikan perkara seumpama itu tidak berulang semula pada masa depan.

Artikel Buletin Tv3

 
Back
Top
Log in Register