BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pencuri nekad tolak lembu dari kereta selepas dikejar penduduk

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201


Pencuri nekad tolak lembu dari kereta selepas dikejar penduduk

01 Disember 2025 03:50pm

PEKAN – Seorang pencuri lembu bertindak nekad menolak keluar haiwan ternakan yang dicuri dari kereta selepas dikejar penduduk di kawasan Ladang Sawit LKPP Kampung Landai, Nenasi, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin, berkata pengadu kes itu yang juga anak saudara pemilik lembu bersama beberapa penduduk cuba mengejar suspek namun lelaki berkenaan terus memecut kereta dan meloloskan diri.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu berjaya digagalkan ekoran tindakan pantas mekanik berusia 33 tahun berkenaan.

“Pengadu yang ketika itu berada di bengkel telah dihubungi bapa saudaranya memaklumkan tentang kehadiran sebuah kereta jenis Inokom Matrix dalam keadaan mencurigakan di kawasan ladang tersebut.

“Pengadu segera ke lokasi dan terserempak dengan kereta terbabit yang membawa seekor lembu disyaki haiwan curi lalu bertindak mengejarnya,” katanya.

Mohd Zaidi berkata semasa kejar mengejar, pengadu ternampak suspek membuka pintu belakang kereta dan menolak jatuh seekor lembu ke tepi jalan.

“Selepas gagal mengejar kenderaan tersebut, lelaki itu datang ke Balai Polis Nenasi untuk membuat laporan,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.

Video kejadian itu sebelum ini tular selepas dimuat naik di laman sosial Facebook.

Artikel : Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register