hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,486
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,486
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Penduduk serbu rumah, mahu lihat anak lembu kepala dua
JAKARTA – Seorang penternak haiwan di Bondowoso, wilayah Jawa Timur terkejut apabila seekor lembu betina peliharaannya melahirkan anak berkepala dua, lapor portal berita Times Indonesia.
Anak lembu itu dilahirkan di Desa Kerang pada pagi semalam.
Pemilik haiwan dikenali sebagai Fauzi berkata, rumahnya dikunjungi penduduk setempat dari pagi hingga petang semata-mata untuk menyaksikan anak lembu itu.
“Proses kelahiran berlangsung selama 20 minit dengan bantuan doktor veterinar dan penduduk tempatan,” kata Fauzi.
Tambah Fauzi, haiwan yang mempunyai kelainan genetik jarang hidup lebih lama terutamanya jika terdapat luka di kepala.
“Kalau otaknya satu, ia mampu hidup lama. Namun, kalau terdapat dua otak, peluang hidupnya tipis,” katanya. – AGENSI
Artikel : Kosmo Online