hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Dua kanak-kanak keluar kepala melalui ‘sunroof’ kereta
KUALA LUMPUR: Tindakan dua kanak-kanak yang dilihat meletakkan diri dalam keadaan berisiko selepas mengeluarkan kepala melalui ‘sunroof’ sebuah kenderaan yang sedang bergerak mencetuskan kebimbangan di media sosial.
Rakaman video tular di platform X menunjukkan sebuah kereta berhenti di lampu isyarat.
Dua kanak-kanak dilihat berdiri di dalam kenderaan itu dengan kepala terkeluar melalui ‘sunroof’.
Bagaimanapun apabila lampu isyarat bertukar hijau, kanak-kanak perempuan itu dilihat duduk semula di dalam kereta.
Sementara kanak-kanak lelaki terbabit pula terus mengeluarkan kepalanya melalui ‘sunroof’ ketika kenderaan itu mula bergerak.
Hantaran tersebut turut disertakan kapsyen yang menggesa ibu bapa dan pengguna jalan raya supaya lebih bertanggungjawab dan tidak membahayakan nyawa kanak-kanak.
“Jadilah ibu bapa dan pengguna jalan raya yang bertanggungjawab. Jangan membahayakan nyawa anak-anak,” menurut kapsyen itu.
Orang ramai di ruangan komen turut menyeru Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis mengamnbil tindakan terhadap individu terlibat.
Artikel : Buletin Tv3