hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,485
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,485
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Cahaya pelik, letupan kuat di langit gemparkan penduduk Bintulu, Miri
Kuching : Kemunculan cahaya pelik seakan-akan meteor atau tahi bintang di langit sekali lagi menggemparkan Bintulu, malam tadi.
Cahaya yang bergerak dalam kelajuan tinggi itu dikatakan mula dilihat di kawasan Samalaju yang dikenali sebagai kawasan perindustrian termasuk pemprosesan gas cecair asli kita-kira jam 9 malam.
Tinjauan di Facebook mendapati ramai yang mendakwa melihat cahaya itu yang disusuli bunyi letupan yang agak kuat.
Rakaman cahaya itu mula tular di laman Facebook milik Francis Ngu Hown Hua yang mendakwa rakaman itu di kawasan Samalaju.
Kemudian muncul satu lagi rakaman pemilik akaun Facbook bernama Jacelyn Phe Sing Ling yang mendakwa melihat cahaya sama melintasi jalan raya di Miri.
Meninjau di ruang komen, pengguna Facebook Uchu Ngalang mendakwa rakannya memaklumkan terdengar bunyi kuat seperti guruh di kawasan berdekatan empangan hidro elektrik Bakun.
Seorang lagi pengguna, Calvin Kelly Jackry turut mendakwa melihat cahaya itu di Song ketika dia dalam perjalanan ke Kapit malam tadi.
Pada 25 Ogos lalu, penduduk bandar gas itu dikejutkan dengan kemunculan cahaya pelik di langit sehingga ada yang mengaitkan fenomena luar biasa itu dengan makhluk asing.
Fenomena itu yang berlaku sekitar jam 8.30 malam dilaporkan dapat dilihat jelas di beberapa kawasan termasuk di Tanjung Kidurong, Kampung Jepak dan pusat bandar Bintulu, menarik perhatian penduduk yang teruja merakamkannya menggunakan telefon bimbit.
Sementara, penggemar astronomi, Dr Zurwina Sharkawi, yang tampil memberikan penjelasan saintifik mengenai fenomena berkenaan berkata, cahaya berbentuk tiga tiang itu yang dikenali sebagai 'light pillars' atau tiang cahaya itu adalah satu fenomena optik semula jadi.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada penjelasan berhubung kemunculan cahaya terbaharu yang seakan-akan meteor, malam tadi.
Artikel