BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk Di Bukit Bertam Bantah Projek Ladang Ayam Baharu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,148
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,148
Reaction score
346
Points
141

Penduduk Di Bukit Bertam Bantah Projek Ladang Ayam Baharu​

f1f0ceaa27654eba3c2e56deb3c97f246a46621ef351f

fbe8fd7126589b98bf9d72ea6c6032af6a46626613a6f

Cadangan pembinaan sebuah ladang ternakan ayam sistem tertutup di Kampung Batu 6 didakwa akan menjejaskan kesejahteraan serta kualiti hidup penduduk setempat.

Penduduk berharap pihak berkuasa meneliti semula cadangan projek berkenaan dengan mengambil kira pandangan serta kebimbangan komuniti.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Penduduk di Bukit Bertam membantah projek pembinaan ladang ternakan ayam tertutup di Kampung Batu 6 di sini kerana dibimbangi akan memburukkan lagi masalah lalat, bau dan pencemaran di kawasan itu.

Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Batu 6 Ramli Ahmad berkata bantahan dibuat selepas mengetahui cadangan projek itu ketika kerja-kerja pembersihan tapak dimulakan pada Mei lepas.

"Penduduk mengemukakan surat bantahan kepada beberapa agensi termasuk Majlis Daerah Selama (MDS), Ahli Parlimen Larut, Ahli Dewan Undangan Negeri Selama, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak dan Pejabat Menteri Besar,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ramli berkata dalam pertemuan dengan MDS, penduduk dimaklumkan bahawa permohonan kebenaran merancang bagi pembinaan empat unit reban ayam tertutup di Lot 1380, Kampung Batu 6 diluluskan pada 14 Mac 2025.

Beliau berkata kawasan Kampung Batu 6 dan Batu 7 telah diwartakan sebagai zon penternakan ayam dan unggas di bawah Rancangan Tempatan Daerah Selama 2030 namun perkara itu tidak pernah dimaklumkan kepada penduduk.

"JPV dalam lawat siasat pada 18 Feb 2025 mendapati jarak antara tapak cadangan ladang dengan kawasan penempatan penduduk hanya 194.47 meter, iaitu kurang daripada jarak penampan minimum 300 meter bagi ladang ayam tertutup sepertimana garis panduan Jabatan Alam Sekitar.

“Jarak ini terlalu dekat dan kami bimbang masalah lalat, bau dan pencemaran akan menjadi lebih buruk... kami sudah lama berdepan gangguan dari ladang ayam sedia ada dan tidak mahu masalah itu berulang dengan pembinaan ladang baharu,” katanya.

Wakil penduduk Kampung Batu 6, Zurani Alias, 56, pula berkata mereka berharap projek itu dibatalkan demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan komuniti.

“Kawasan ini sudah mempunyai dua ladang ayam dan sebuah ladang itik... jika sebuah lagi ladang dibina, kami bimbang masalah lalat dan bau akan menjadi lebih serius terutama ketika musim penuaian ternakan.

 
Back
Top
Log in Register