BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemaju projek en bloc besar diberi kelonggaran di bawah syarat ABSD baharu

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

Pemaju projek en bloc besar diberi kelonggaran di bawah syarat ABSD baharu​

screenshot_2026-07-28_105314.jpg

Hartanah privet, kondominium di kawasan the River Valley 15 Feb 2023. (Gambar fail: TODAY)

SINGAPURA: Pemaju perumahan yang mengendalikan projek pembangunan semula secara berkelompok atau en bloc berskala besar akan diberikan lebih banyak masa untuk menyiapkan dan menjual unit kediaman di bawah peraturan Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) yang disemak semula pada Selasa (28 Jul).

Langkah ini bertujuan untuk menyokong projek pembangunan semula yang lebih besar serta meningkatkan bekalan perumahan.

IKLAN

Perubahan yang berkuat kuasa bagi tanah kediaman yang diperoleh pada atau selepas 29 Julai 2026 ini memberikan tempoh lebih lama kepada pemaju projek berskala besar untuk memenuhi syarat pengecualian ABSD, di samping memperkenalkan langkah perlindungan baharu bagi memastikan unit kediaman ditawarkan ke pasaran secara tepat pada waktunya.

Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) dalam satu kenyataan pada Selasa menyatakan bahawa penambahbaikan ini bertujuan untuk terus menyokong pemaju perumahan dalam menjalankan projek pembangunan semula berskala besar. Ini sekali gus membolehkan pemulihan semula tapak-tapak berkenaan dan menyediakan bekalan perumahan tambahan bagi memenuhi permintaan yang kukuh.

Pada masa ini, pemaju perumahan berlesen yang membeli tanah kediaman dikenakan ABSD sebanyak 40 peratus. Ini merangkumi 5 peratus komponen yang tidak boleh dikecualikan dan 35 peratus komponen yang boleh dikecualikan.

Komponen 35 peratus tersebut berserta faedah akan ditarik balik oleh pemerintah jika pemaju gagal memenuhi tempoh yang ditetapkan untuk memulakan pembinaan, menyiapkan projek atau menjual kesemua unit kediaman.

Menurut kementerian berkenaan, syarat-syarat ini penting bagi memastikan bekalan perumahan disalurkan ke pasaran mengikut masa yang ditetapkan serta menggalakkan pemaju membuat bidaan tanah dengan berhati-hati.

IKLAN

TEMPOH LEBIH PANJANG BAGI PROJEK LEBIH BESAR

Di bawah peraturan baharu itu, projek en bloc yang menghasilkan sekurang-kurangnya 700 hingga kurang daripada 1,400 unit kediaman - yang dikategorikan sebagai "Tapak Besar" - akan diberi tempoh sehingga enam tahun untuk menyiapkan pembinaan dan menjual kesemua unit, berbanding 5.5 tahun sebelum ini.

Bagi projek yang lebih besar iaitu "Tapak Mega" dengan sekurang-kurangnya 1,400 unit, pemaju akan diberi tempoh sehingga tujuh tahun, berbanding 5.5 tahun sebelumnya.

Tempoh untuk memulakan pembinaan kekal tidak berubah iaitu 2.5 tahun bagi kedua-dua kategori tersebut.

Untuk layak mendapat kelonggaran itu, projek pembangunan semula mestilah menghasilkan sekurang-kurangnya 1.5 kali ganda jumlah unit kediaman berbanding bangunan asal, bagi memastikan penggunaan tanah yang lebih optimum.

IKLAN

SYARAT JUALAN BAHARI BAGI PROJEK MEGA

Bagi mengelakkan kelewatan dalam menawarkan bekalan perumahan ke pasaran, satu syarat baharu akan dikenakan ke atas projek-projek mega. Pemaju perlu menjual sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah unit dalam tempoh enam tahun.

Jika sasaran ini gagal dicapai, kesemua 35 peratus komponen ABSD berserta faedah akan dituntut semula apabila genap tempoh enam tahun.

Sekiranya syarat itu berjaya dipenuhi sekalipun, pemaju masih perlu menyiapkan projek dan menjual kesemua unit menjelang akhir tahun ketujuh, atau berdepan dengan denda yang sama.

Sementara itu, peraturan bagi projek en bloc yang lebih kecil - iaitu yang menghasilkan kurang daripada 700 unit - kekal tidak berubah. Projek-projek berkenaan akan terus tertakluk kepada tempoh lima tahun untuk menyiapkan pembinaan dan menjual semua unit, serta tempoh dua tahun untuk memulakan kerja-kerja binaan.

 
Back
Top
Log in Register