BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada Lesen Judi Baharu Dikeluarkan Di Bawah Kerajaan MADANI - MOF

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Tiada Lesen Judi Baharu Dikeluarkan Di Bawah Kerajaan MADANI - MOF​

f9f091b1baa4bce7bf41e6dd8f56ca706a900954eeb0b


Kerajaan MADANI tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen atau permit perjudian baharu serta tidak menambah bilangan premis perjudian sejak mengambil alih pentadbiran Persekutuan pada akhir 2022.

Menurut kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan jumlah lesen dan permit yang masih berkuat kuasa adalah berdasarkan kelulusan sedia ada sejak 1990-an.

Penjelasan itu dikeluarkan bagi menjawab kenyataan mengelirukan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung aktiviti perjudian di negeri itu, yang dilaporkan media.

Menurut MOF kenyataan Muhammad Sanusi itu jelas mengelirukan kerana memberi gambaran seolah-olah Kerajaan MADANI tidak mengawal aktiviti perjudian atau telah meluluskan lesen baharu bagi menambah bilangan premis perjudian di negeri tersebut.

MOF memaklumkan sebagai langkah kawalan, pihaknya juga sememangnya telah menetapkan syarat-syarat yang ketat kepada pemegang lesen.

MOF menjelaskan sepanjang tempoh pentadbiran kerajaan Persekutuan pada 2020 hingga 2022 yang turut merangkumi parti PAS, tidak pernah ada sebarang usul atau keputusan untuk mengharamkan aktiviti perjudian berlesen di seluruh negara atau memansuhkan lesen sedia ada.

Menurut MOF dari segi kekerapan cabutan khas, pentadbiran Pakatan Harapan pada 2020 memutuskan untuk mengurangkannya daripada 22 kali kepada lapan kali setahun.

Bagaimanapun, pentadbiran Persekutuan selepas itu meningkatkan atau mengembalikan semula kekerapan cabutan khas kepada 22 kali setahun.

"Selepas Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran Persekutuan pada akhir 2022, keputusan terawal waktu itu adalah untuk membatalkan peningkatan tersebut dan menurunkan semula kekerapan cabutan khas daripada 22 kepada lapan kali setahun mulai Januari 2023," menurut MOF.

 
Back
Top
Log in Register