BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Penduduk buat aduan azan di Surau Taman Seraya mengganggu ketenteraman awam

Isu Surau Taman Seraya: Lelaki didakwa ingkar perintah Sultan Selangor ditahan​




10990403-3F11-4203-8A0F-7943043FD619-696x477.jpeg


Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar GAMBAR: Abd Razak Aid


SEORANG lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes ingkar perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai pelaksanaan solat Jumaat di Surau Taman Seraya, Ampang, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan, lelaki berusia 46 tahun itu telah ditahan di kawasan Pandan Indah.

Menurut beliau, suspek warga tempatan itu telah ditahan kira-kira pukul 3 petang tadi.

Shazeli berkata, pihak polis turut merampas sebuah komputer riba, satu telefon bimbit dan beberapa dokumen berkaitan bagi siasatan lanjut.

“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau menakala ujian saringan air kencing adalah negatif.

“Siasatan dijalankan secara profesional dan telus mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa tanpa sebarang kompromi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948; Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, Shazeli menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi serta tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh mengganggu proses siasatan serta menggugat ketenteraman awam.

“Pihak polis tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tindakan yang cuba mencetuskan provokasi melampau sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat di negeri Selangor,” katanya.

Jumaat lalu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Taman Seraya, Ampang membuat 10 laporan polis berkaitan dakwaan gangguan melibatkan seorang penduduk di kawasan tersebut.

Pengerusi Surau Taman Seraya, Abdullah Sulaiman dilaporkan berkata, laporan itu dibuat bukan bertujuan mencetuskan sebarang konflik, sebaliknya bagi menangkis dakwaan fitnah surau berkenaan.

Antara perkara yang dibangkitkan ialah dakwaan bahawa laungan azan yang berkumandang ketika ini mengganggu individu terbabit selain, dia meminta agar solat Jumaat yang telah dilaksanakan sejak 15 November 2019 dihentikan kerana mengganggu laluan trafik.

Terdahulu, Shazeli memaklumkan pihaknya telah mendaftarkan nama seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabait dalam isu petisyen azan di sebuah surau di Ampang ke dalam senarai pekeliling khas bagi menghalang individu berkenaan meloloskan diri ke luar negara.

Beliau berkata, langkah strategik itu diambil susulan laporan polis yang diterima daripada penduduk dan Ahli Jawatankuasa (AJK) surau di kawasan terbabit, berhubung satu petisyen yang dibangkitkan di taman perumahan berkenaan.

Elok lelaki ni dihalau dari Malaysia.
Ini Malaysia maa. Azan mesti kuat.
 

Pihak surau, DUN Teratai jelaskan isu Surau Taman Seraya​

Pengurus DUN Teratai, Mohd Firdaus Babh dan Pengerusi Surau Taman Seraya, Abdullah Sulaiman jelaskan situasi di surau tersebut.

 
bese kalau org pindah umah lepas pencen kalau nak cari tanah ke rumah ke bese dia tgk dulu kawasan tu mcm mana

tak kan dah duduk baru menyesal. mmg Cha ya nun alip kalau dari sana mmg kuat complain.. hawau nya perangai. Kalau kat singapore tak merasa dia umah landed. double stroey tere pun SGD 2-5 juta.

foreigner kalau nak beli umah kat sini pun kene beli umah ikut M2M nya skim kalau tak jadi rumah transit je lah.
 
halau je pencen singapore tu..baru mai pindah dah mcm2 plak
 
bese kalau org pindah umah lepas pencen kalau nak cari tanah ke rumah ke bese dia tgk dulu kawasan tu mcm mana

tak kan dah duduk baru menyesal. mmg Cha ya nun alip kalau dari sana mmg kuat complain.. hawau nya perangai. Kalau kat singapore tak merasa dia umah landed. double stroey tere pun SGD 2-5 juta.

foreigner kalau nak beli umah kat sini pun kene beli umah ikut M2M nya skim kalau tak jadi rumah transit je lah.

Kat forum lohyart ramai sokong singaporean tu
 

Isu Surau Taman Saraya: 'Dia ni dah gila, nama orang meninggal pun ada dalam dokumen bantahan'​

'Dia ni dah gila, nama orang meninggal pun ada dalam dokumen bantahan Surau Taman Saraya'
  • Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa membuat pelbagai aduan berkaitan surau di Taman Seraya, termasuk mengemukakan dokumen bantahan yang dipersoalkan kesahihannya.
Siasatan mendapati sebahagian penandatangan tidak mengetahui kandungan dokumen tersebut, manakala komuniti setempat menafikan wujud bantahan meluas.

 
bese kalau org pindah umah lepas pencen kalau nak cari tanah ke rumah ke bese dia tgk dulu kawasan tu mcm mana

tak kan dah duduk baru menyesal. mmg Cha ya nun alip kalau dari sana mmg kuat complain.. hawau nya perangai. Kalau kat singapore tak merasa dia umah landed. double stroey tere pun SGD 2-5 juta.

foreigner kalau nak beli umah kat sini pun kene beli umah ikut M2M nya skim kalau tak jadi rumah transit je lah.

menyewa je kot. rumah level MM2H harga juta2 selalunya takde surau dekat2.
 


14219051674901165-393182.jpg

14219051674901165-393183.jpg


MAIS adakan pertemuan dengan AJK Surau Taman Seraya susulan isu tular

Shah Alam: Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan perjumpaan dan sesi dialog bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Taman Seraya, Ampang untuk meninjau status pengoperasian surau berkenaan secara dekat.

MAIS menerusi kenyataan memaklumkan, pertemuan itu susulan beberapa aduan yang tular di media sosial baru-baru ini.


"Susulan itu, laporan polis juga dibuat AJK surau dan setakat ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan dengan menahan individu yang mencetuskan provokasi berkenaan.

"MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerahkan sepenuhnya proses siasatan lanjut kepada PDRM," katanya dalam kenyataan itu, hari ini.

Menerusi kenyataan itu, Pengerusi MAIS juga mengingatkan setiap aduan berkaitan masjid dan surau ini perlulah melalui saluran yang betul sama ada melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), JAIS atau MAIS agar tindakan sewajarnya boleh diambil.


Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata setakat ini, suspek berusia 46 tahun masih dalam reman dan siasatan awal mendapati tindakannya lebih bersifat individu tanpa membabitkan pengaruh luar, selain lebih tertumpu kepada rasa tidak puas hati kerana isu kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit.

Artikel➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register