BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Penduduk buat aduan azan di Surau Taman Seraya mengganggu ketenteraman awam

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266

AJK Surau Taman Seraya buat 10 laporan polis dakwaan 'gangguan' seorang penduduk​



Abdullah (tiga dari kanan) bersama AJK Surau Taman Seraya membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah pada Jumaat.

Abdullah (tiga dari kanan) bersama AJK Surau Taman Seraya membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah pada Jumaat.

AMPANG - [DIKEMAS KINI] Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Taman Seraya membuat 10 laporan polis berkaitan dakwaan gangguan melibatkan seorang penduduk di kawasan tersebut.

Pengerusi Surau Taman Seraya, Abdullah Sulaiman berkata, laporan itu dibuat bukan bertujuan mencetuskan sebarang konflik, sebaliknya bagi menangkis dakwaan fitnah surau berkenaan.

"Kita mengambil keputusan untuk membuat laporan polis susulan wujudnya beberapa bentuk gangguan yang disifatkan bermotifkan isu agama, raja dan kaum (3R)," katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah di sini pada Jumaat.

Abdullah berkata, individu berkenalan telah menghantar mesej WhatsApp secara peribadi yang dilihat sebagai satu bentuk tekanan dan gangguan kepada AJK surau.




Surau Taman Seraya, Ampang.

Surau Taman Seraya, Ampang.


"Antara perkara yang dibangkitkan ialah dakwaan bahawa laungan azan yang berkumandang ketika ini mengganggu individu itu.


"Selain itu, dia juga meminta agar solat Jumaat yang telah dilaksanakan sejak 15 November 2019 dihentikan kerana mengganggu laluan trafik," katanya.

Katanya, individu tersebut turut meminta supaya lampu di kawasan tersebut tidak dinyalakan.

"Isu berkenaan sebenarnya telah berlarutan sejak sekian lama, namun memuncak kebelakangan ini apabila beberapa tuntutan baharu dikemukakan sehingga menimbulkan tekanan kepada pihak pengurusan surau," katanya.

Abdullah berkata, satu sesi dialog akan diadakan pada jam 10 pagi di Pejabat ADUN Teratai, melibatkan pihak AJK, wakil agensi berkaitan termasuk polis dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan kes masih dalam siasatan pihak polis.

 

ADUN Teratai nafi larang azan, batal sesi dialog esok​



Hantaran Facebook Jia Haur (gambar kecil) pada Jumaat.

Hantaran Facebook Jia Haur (gambar kecil) pada Jumaat.

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan arahan melarang beberapa aktiviti dijalankan di Surau Taman Seraya, Ampang termasuk laungan azan seperti yang tular ketika ini.

Menurutnya, dakwaan beliau menghalang solat Jumaat daripada diadakan dan tidak membenarkan lampu surau dinyalakan seperti yang hangat diperkatakan di media sosial juga jelas tidak benar sama sekali.


"Saya memang ada menerima aduan daripada penduduk berhubung surau tersebut dan susulan itu, saya telah mengatur satu sesi dialog antara penduduk dan pihak pengurusan surau pada Sabtu ini, di mana sesi tersebut turut akan melibatkan pihak polis, JAIS dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

"Namun tidak disangka, malam tadi muncul pihak tidak bertanggungjawab di media sosial yang menyalahgunakan gambar saya berserta dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas itu.


"Perkara ini telah mencetuskan rasa benci dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Melayu terhadap saya," katanya menerusi kenyataan di media sosial pada Jumaat.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan, ahli jawatankuasa (AJK) surau berkenaan membuat 10 laporan polis berkaitan dakwaan gangguan melibatkan seorang penduduk di kawasan tersebut.


Pengerusi Surau Taman Seraya, Abdullah Sulaiman berkata, laporan itu dibuat bukan bertujuan mencetuskan sebarang konflik, sebaliknya bagi menangkis dakwaan fitnah surau berkenaan.

Mengulas lanjut, Jia Haur berkata, beliau turut hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Ampang berhubung isu berkenaan selepas laporan dibuat oleh 10 AJK surau tersebut.

Menurutnya, selepas pertemuan dengan ketua polis daerah itu dibuat, beliau mengambil keputusan untuk membatalkan sesi dialog yang dirancang pada Sabtu jam 10 pagi.

Saya juga telah membuat laporan polis terhadap pihak yang menyebarkan kenyataan palsu tersebut," tegasnya.

Beliau menambah, selama ini beliau sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan 28 buah surau di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tempatnya berkhidmat.

 

Sesi dialog isu Surau Taman Seraya batal atas faktor keselamatan​



Mohd Firdaus (kanan) bersama Abdullah menunjukkan dokumen minit mesyuarat yang tular di media sosial.

Mohd Firdaus (kanan) bersama Abdullah menunjukkan dokumen minit mesyuarat yang tular di media sosial.

AMPANG – Sesi dialog melibatkan isu Surau Taman Seraya yang dijadualkan berlangsung di Dewan Komuniti Taman Muda di sini pada Sabtu dibatalkan atas faktor keselamatan.

Pengurus Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Mohd Firdaus Babh berkata, sesi dialog yang dirancang itu bertujuan mencari penyelesaian melibatkan seorang penduduk, pihak surau serta agensi kerajaan.

"Sesi dialog berkenaan sepatutnya melibatkan pihak surau, pengadu serta beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Perpaduan dan Jabatan Penerangan bagi mencari jalan penyelesaian secara harmoni.

"Bagaimanapun sesi dialog itu dibatalkan setelah mendapat nasihat pihak berkuasa," katanya Sinar Harian pada Jumaat.

Mohd Firdaus berkata, selain itu, pihaknya mengesan penularan maklumat tidak sahih di media sosial sehingga mencetuskan kegusaran dalam kalangan penduduk.

"Hantaran tersebut turut memaparkan satu imej kononnya minit mesyuarat komuniti yang disifatkan sebagai provokatif dan berpotensi mencetuskan ketegangan.


"Saya memohon pihak polis menjalankan siasatan terhadap penyebaran minit mesyuarat komuniti itu yang didakwa mengandungi unsur provokasi," katanya.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Taman Seraya membuat 10 laporan polis berkaitan dakwaan gangguan melibatkan seorang penduduk di kawasan tersebut berhubung isu surau berkenaan.

Pengerusi Surau Taman Seraya, Abdullah Sulaiman dilaporkan berkata, laporan itu dibuat bukan bertujuan mencetuskan sebarang konflik, sebaliknya bagi menangkis dakwaan fitnah surau berkenaan.

Abdullah berkata, individu berkenaan telah menghantar mesej WhatsApp secara peribadi yang dilihat sebagai satu bentuk tekanan dan gangguan kepadanya.

Antara perkara yang dibangkitkan ialah dakwaan bahawa laungan azan yang berkumandang mengganggu individu itu.

Selain itu, penduduk itu didakwa meminta agar solat Jumaat yang telah dilaksanakan sejak 15 November 2019 dihentikan kerana mengganggu laluan trafik.

Individu tersebut turut meminta supaya lampu di kawasan surau tersebut tidak dinyalakan.

 

Isu Surau Taman Seraya: Kerajaan negeri tidak akan kompromi terhadap provokasi​



EXCO Agama Islam Selangor, Dr Fahmi Ngah. FOTO Bernama
EXCO Agama Islam Selangor, Dr Fahmi Ngah. FOTO Bernama


Shah Alam: Kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberi jaminan bahawa Surau Taman Seraya di Ampang dapat digunakan dengan selamat dan terus dikekalkan.

EXCO Agama Islam negeri, Dr Fahmi Ngah berkata, umat Islam terutama jemaah surau tidak perlu bimbang dengan situasi semasa berikutan dakwaan azan mengganggu seorang penduduk di kawasan terbabit.

Menurutnya, laungan azan dan solat Jumaat sudah menjadi perkara biasa di situ malah surau berkenaan adalah sah serta sudah lama dibina di kawasan berkenaan.

"Saya hendak maklumkan, kepada penduduk yang beragama Islam di situ. Surau berkenaan akan terus kekal insya-Allah dan kita akan menasihati sekiranya berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dan sebagainya.

"Difahamkan ada pihak luar yang masuk dan mungkin cuba menimbulkan provokasi tetapi polis sedang menyiasat perkara ini.

"Yang pasti kedudukan surau itu terjamin insya-Allah dan seandainya benar ada provokasi pihak luar, percayalah MAIS dan kerajaan negeri akan menggunakan seluruh kekuatan untuk memastikan surau itu kekal dan digunakan dengan selamat oleh umat Islam.

"Percayalah kita akan bertindak tegas, tidak akan ada kompromi kepada pihak yang cuba mengganggu keharmonian seperti ini," katanya mengulas isu berkenaan di lobi Wisma Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Pada masa sama katanya, pada minggu hadapan berkemungkinan beliau dan Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin akan ke surau itu untuk bertemu penduduk.

Terdahulu, media melaporkan Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Taman Seraya membuat 10 laporan polis berkaitan dakwaan gangguan membabitkan seorang penduduk di kawasan itu.

Pengerusi Surau Taman Seraya, Abdullah Sulaiman berkata, laporan itu dibuat bukan bertujuan mencetuskan sebarang konflik, sebaliknya bagi menangkis dakwaan fitnah surau berkenaan.

Katanya, laporan polis susulan wujudnya beberapa bentuk gangguan yang disifatkan bermotifkan isu agama, raja dan kaum (3R) yang mana individu berkenalan menghantar mesej WhatsApp secara peribadi yang dilihat sebagai satu bentuk tekanan dan gangguan kepada AJK surau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan kes masih dalam siasatan pihak polis.

 
diorg sje nk timbul kn darurat ke
 
Sana memang kawasan majoriti cina. Sebelum ni ok je kenapa tetiba je bising?

katonyo yg komplen tu cina singapore, lps pencen dio pindah ke situ,
jadi apek tu terkejut sbb azan kuat jadi dio komplen

mcm kek singgahporah bunyi azan hanya boleh kek dlm masjid/surau ajo x blh dongar kek speaker luar
 

Isu Surau Taman Seraya: Lelaki didakwa ingkar perintah Sultan Selangor ditahan​




10990403-3F11-4203-8A0F-7943043FD619-696x477.jpeg


Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar GAMBAR: Abd Razak Aid


SEORANG lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes ingkar perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai pelaksanaan solat Jumaat di Surau Taman Seraya, Ampang, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan, lelaki berusia 46 tahun itu telah ditahan di kawasan Pandan Indah.

Menurut beliau, suspek warga tempatan itu telah ditahan kira-kira pukul 3 petang tadi.

Shazeli berkata, pihak polis turut merampas sebuah komputer riba, satu telefon bimbit dan beberapa dokumen berkaitan bagi siasatan lanjut.

“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau menakala ujian saringan air kencing adalah negatif.

“Siasatan dijalankan secara profesional dan telus mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa tanpa sebarang kompromi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948; Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, Shazeli menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi serta tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh mengganggu proses siasatan serta menggugat ketenteraman awam.

“Pihak polis tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tindakan yang cuba mencetuskan provokasi melampau sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat di negeri Selangor,” katanya.

Jumaat lalu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Taman Seraya, Ampang membuat 10 laporan polis berkaitan dakwaan gangguan melibatkan seorang penduduk di kawasan tersebut.

Pengerusi Surau Taman Seraya, Abdullah Sulaiman dilaporkan berkata, laporan itu dibuat bukan bertujuan mencetuskan sebarang konflik, sebaliknya bagi menangkis dakwaan fitnah surau berkenaan.

Antara perkara yang dibangkitkan ialah dakwaan bahawa laungan azan yang berkumandang ketika ini mengganggu individu terbabit selain, dia meminta agar solat Jumaat yang telah dilaksanakan sejak 15 November 2019 dihentikan kerana mengganggu laluan trafik.

Terdahulu, Shazeli memaklumkan pihaknya telah mendaftarkan nama seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabait dalam isu petisyen azan di sebuah surau di Ampang ke dalam senarai pekeliling khas bagi menghalang individu berkenaan meloloskan diri ke luar negara.

Beliau berkata, langkah strategik itu diambil susulan laporan polis yang diterima daripada penduduk dan Ahli Jawatankuasa (AJK) surau di kawasan terbabit, berhubung satu petisyen yang dibangkitkan di taman perumahan berkenaan.

https://not supported/2026/04/26/is...akwa-ingkar-perintah-sultan-selangor-ditahan/
 
Back
Top
Log in Register