BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Polis kesan dua lelaki tular bergaduh di stesen minyak Taman Sungai Chua

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,486
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,486
Reaction score
1,681
Points
201
Polis kesan dua lelaki tular bergaduh di stesen minyak Taman Sungai Chua


Kajang: Pihak polis sedang mengesan dua individu yang tular bergaduh di hadapan sebuah pam minyak di Taman Sungai Chua, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 11.16 malam semalam.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 12.50 tengah hari semalam di mana terdapat rakaman video dua orang lelaki sedang bergaduh di kawasan awam.

"Sehingga kini, kedua-dua pihak belum membuat sebarang laporan polis dan punca sebenar kejadian sedang disiasat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan Pusat Kawalan Daerah Kajang di talian 03-8911 4243 atau pegawai penyiasat, Sarjan Mohamad Najib Mohd Radgali,012-3429297 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Terdahulu satu klip berdurasi empat minit 10 saat tular memaparkan perselisihan faham antara dua lelaki sebelum salah seorang daripadanya yang tidak berbaju bertindak agresif.

Kedua-dua mereka pada mulanya dilihat berbincang sesuatu sebelum lelaki yang tidak berbaju dilihat mula menumbuk dan menyepak individu terbabit sehingga terbaring di atas tanah.

Lebih parah, lelaki tidak berbaju itu kelihatan terus memijak individu berkenaan walaupun mangsa sudah tidak bergerak.


Artikel : Harian Metro

 
Back
Top
Log in Register