BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk Akui Ketua Kampung Sering Ingatkan Risiko Kebakaran Di Kampung Bahagia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
1b55bc2b8891749ed97ddf5598214ba669e75248ca4ac


Penduduk Kampung Bahagia, di sini mendedahkan Ketua Kampung Sharif Hassim Sharif Titing sering mengingatkan mereka supaya sentiasa berwaspada terhadap risiko kebakaran terutama ketika memasak serta memastikan bekalan elektrik ditutup sebelum meninggalkan rumah.

Rata-rata penduduk yang ditemui memberitahu peringatan tersebut disampaikan secara konsisten pada setiap Jumaat bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran di kampung berkenaan.

Seorang penduduk, Rambu Julmute, 32, berkata Sharif Hassim akan mengingatkan mereka agar berhati-hati ketika memasak dan tidak lupa menutup dapur gas, namun masih terdapat segelintir yang lalai.

“Ketua kampung sentiasa mengingatkan penduduk agar berhati-hati ketika memasak dan tidak lupa menutup gas. Beliau sangat bagus tetapi masih ada penduduk alpa dan pandang remeh dengan pesanannya,” katanya kepada Bernama.

Pada Ahad, sebanyak 1,000 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bahagia sehingga menyebabkan lebih 9,000 penduduk terjejas akibat bencana itu.

Rambu berkata tragedi kira-kira 1 pagi di perkampungan atas air itu menyebabkan rumah yang didiami bersama keluarga sejak lebih 30 tahun musnah.

“Kakak saya bersama anaknya tinggal di pusat pemindahan sementara, manakala saya tinggal di pondok kecil di tapak kebakaran kerana mahu menjaga barang. Antara barang musnah termasuk bot bersama enjin 40 kuasa kuda, kerugian dialami dianggar lebih RM30,000,” katanya.

Seorang lagi mangsa kebakaran, Siti Patmah Maddam, 37, berkata ketua kampung akan meluangkan masa setiap Jumaat menyampaikan peringatan mengenai risiko kebakaran di masjid kampung.

“Perkara yang sering diingatkan ialah supaya berhati-hati ketika memasak. Setiap minggu beliau mengingatkan bahawa kebakaran besar boleh berlaku jika penduduk lalai,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register