BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hampir 90 Peratus Rumah Di Kampung Kami Musnah Terbakar - Ketua Kampung Bahagia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,148
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,148
Reaction score
346
Points
141
ed7dc790587d22fc4e6aa16dacd85d8669e4a5c4db84f


Ketua Kampung Bahagia Sharif Hassim Sharif Titing, tidak mampu menyembunyikan kesedihannya ketika merenung sisa runtuhan yang masih berasap selepas hampir 90 peratus kediaman di kampung berkenaan musnah dijilat api, mengakibatkan penduduk kehilangan tempat berteduh yang menjadi syurga mereka.

Beliau berkata tragedi pada 1 pagi di perkampungan atas air itu, merampas segalanya dalam sekelip mata malah beliau turut kehilangan rumahnya sendiri, dan menyifatkan bencana kali ini sebagai yang paling dahsyat dalam sejarah kampung berkenaan.

Berbanding insiden kebakaran pada 1993 yang memusnahkan kira-kira 30 peratus kawasan dan 10 peratus lagi pada 2021, musibah awal pagi tadi, menurut Sharif Hassim telah mengakibatkan kemusnahan besar apabila kira-kira 1,000 daripada 1,200 buah rumah di Lorong A dan B kampung itu musnah terbakar, manakala sebilangan kecil di Lorong C.

"Dikhabarkan api bermula akibat kerja memasak nasi. Tengoklah keadaan di tiga lorong ini...semuanya habis," katanya kepada Bernama, berkongsi penderitaan penduduk yang kini hilang tempat bergantung dantinggal sehelai sepinggang.

Terdahulu, sebanyak 1,000 rumah musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air Kampung Bahagia pagi tadi, dan Ketua Polis Daerah Sandakan ACP George Abd Rakman berkata 9,007 penduduk terjejas dalam kebakaran besar tersebut.

Pemaju Mukim kampung itu Rozaizar Rozainie bersama jiran tetangga bertarung nyawa lebih sejam untuk memadamkan api ketika kejadian itu, namun terpaksa mengalah.

"Saya bergegas ke lokasi, bawa orang kampung padam api. Tetapi apabila keadaan tidak terkawal dan api semakin membesar dibawa angin sejauh 400 meter mendekati rumah saya, kami pun tidak terdaya lagi. Kami terpaksa lari menyelamatkan diri dan keluarga," katanya.

"Sekarang belum tahu mahu tinggal di mana," katanya, mewakili ribuan mangsa yang kini bergantung harap kepada ihsan, doa, dan bantuan segera daripada seluruh rakyat Malaysia untuk mereka bangkit semula membina kehidupan.

Bagi penduduk kampung Azhar Saabdullah, detik cemas itu bermula apabila dia terbangun untuk ke tandas sebelum dikejutkan dengan bunyi jeritan jiran tetangga. Meluru keluar, dia melihat nyalaan oren marak memamah rumah pertama berhampiran pagar Kilang IOI.

 

1,000 Rumah Kampung Bahagia Terbakar, 9,000 Hilang Tempat Tinggal (B9)​

1,000 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Sabah, awal pagi semalam.

 

RM2,000 bantuan awal disalurkan kepada KIR​

Sabah menyalurkan bantuan awal kepada kesemua mangsa yang terjejas akibat kebakaran melibatkan 1,000 rumah di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan.

 
Back
Top
Log in Register