BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendekatan Islam Rahmah, Inklusif Teras Pentadbiran Hal Ehwal Agama - Zulkifli

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
2c6619d080381c605ed8ebd6841ad3366942559f6eaa9

PUTRAJAYA, 17 Dis -- Zulkifli Hasan (kiri) mengimbas cap jari sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di pejabatnya Kompleks Islam Jakim hari ini.

Turut kelihatan timbalannya Senator Marhamah Rosli.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pendekatan Islam yang rahmah, inklusif dan maju akan menjadi asas pentadbiran hal ehwal agama negara selari dengan peranan agama sebagai komponen penting dalam pembangunan masyarakat serta negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata beliau dan timbalannya Senator Marhamah Rosli menerima tausiyah serta pesanan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim agar melaksanakan amanah sebaik mungkin demi kepentingan negara.

Zulkifli berkata usaha itu bukan sekadar bertujuan meningkatkan syiar Islam, sebaliknya menampilkan wajah Islam yang membawa kerahmatan kepada semua lapisan masyarakat.

“Dalam masa yang sama, kita ingin menunjukkan kepada semua bahawa Islam itu rahmah, Islam itu membawa kerahmatan kepada semua, bukan hanya kepada orang Islam tetapi kepada semua, lil ‘alamin,” katanya kepada media di sini hari ini.

Mengulas hala tuju awal pentadbirannya, Zulkifli menegaskan bahawa hal ehwal agama mempunyai peranan yang signifikan dalam konteks kemasyarakatan dan pembangunan negara secara menyeluruh.

Beliau berkata imej Islam yang ingin diketengahkan ialah Islam yang bersifat damai, sederhana serta meraikan kepelbagaian dalam masyarakat majmuk Malaysia.

“Apa yang ingin kita bawa adalah imej Islam itu yang rahmah, yang inklusif, yang damai, yang maqasid syariah yang wasatiyyah dan yang meraikan kepelbagaian dan dalam masa yang sama, Islam yang maju,” katanya.

Zulkifli berkata pendekatan itu penting bagi memperlihatkan Islam sebagai agama yang indah serta memberikan manfaat kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

“Ini kita nak menunjukkan kepada semua bahawa Islam itu adalah sesuatu yang indah, yang boleh memberikan rahmat kepada seluruh alam, kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register