BTC USD 85,908.5 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendapat korang pasal buang Bapak

walau apapun, baik buruk busuk wangi, mereka tetap ibubapa kita......
 
buang bapak = keruntuhan akhlak = tanda2 kiamat hampir pasti
 
ha'ah betul.... mak bpk kite pun mnusia jg... mungkin ms tu die x sdr lg...

insyaallah kalau die perasan anak2 die msih syg die wpun die buat mcm2 kt anak die dlu msti die tersentuh dan sedar...

moge2 hubungan tt ngan mak ayah tt dapat kembali jernih...

Aku pun harap mcm tu jgk....:">
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya tersentuh membaca kisah TT, sungguh sedih dan mendukacitakan. Maka ini, saya ingin menceritakan pula pada TT kisah hidup seorang budak.

Al-Kisah, budak yang dilahirkan di Alor Setar berada bukanlah didalam suasana kaya raya dan senang lenang. Budak itu hanyalah budak biasa sahaja. Ayah dan Emak budak ini sungguh menyayangi budak ini.

Tapi, semua itu berubah apabila Ayah budak berkenaan berkahwin seorang lagi. Ayahnya tidak langsung mempedulikan kehidupan budak tersebut dengan emaknya. Maka sedihnya, terpaksalah si emak ini mengharungi kehidupan dan terpaksalah bekerja untuk mencari rezeki. Ayahnya hanya tahu datang rumah dan melawat sahaja. Walau bagaimanapun, Ayahnya tidak lupa untuk membelikan barangan keperluan asas bagi keperluan keluarganya di sini.

Tapi, apa yang ayahnya terlupa adalah untuk membayar bil elektrik, bil air, yuran sekolah, yuran mengaji dan semua jenis yuran yang mana terpaksa ditanggung oleh si emak yang membanting 4 kerat tulangnya untuk memenuhi kesemua keperluan itu. Budak ini dari darjah 1 sehingga masuk ke IPT tidak pernah dipedulikan oleh ayahnya samada untuk menanyakan duit dan keperluan cukup atau tidak.

Pernah sekali, sewaktu sekolah menengah budak ini meminta untuk dibelikan beg sekolah yang baru kepada ayahnya. Dijawab oleh ayahnya, "Hang bukan ngaji pandai pun, pasaipa aku nak kena beli beg sekolah kat hang?". Hancur luluhlah hati si budak ini. Dan, setiap kali budak tersebut datang kepada ayahnya untuk mengharapkan wang belanja buay pembiayaan yuran sekolah, jawapan si ayah, "Ayah mana ada duit, payment tak sampai-sampai lagi". Begitulah jawapan yang sentiasa diratibkan oleh ayah budak berkenaan setiap kali budak itu datang untuk menagih wang pembiayaan yuran.

Begitu susahlah kehidupan budak ini dengan emaknya. Ayahnya pula suka memilih kasih. Pernah di suatu hari raya, ayah si budak ini tidak membelikan baju raya kepada budak berkenaan. Tetapi untuk adik budak ini, dibelikan dua pasang baju raya. Mungkin adik budak ini seorang yang manis mulut dengan ayahnya. Maka, pada malam raya, berlakukan pertengkaran yang besar diantara budak berkenaan dengan ayahnya. Kesian si emak, makan hatilah si emak dengan sikap ayah budak tersebut.

Si anak ini pernah berazam untuk membuang ayahnya apabila dia sudah dewasa. Di takdirkan Tuhan Yang Maha Esa, satu hari budak ini ditakdirkan Tuhan Yang Maha Esa bersembahyang di satu masjid. Selepas sembahyang, satu ceramah diadakan di masjid tersebut. Tuhan Yang Maha Esa membuka hati budak berkenaan untuk tunggu dan menghayati ceramah berkenaan.

Didalam ceramah ini, seorang Ustaz menyampaikan satu ayat yang sangat-sangat menusuk hati budak ini. Berikut adalah ayat yang masih tergiang-giang di telinga budak ini sehinggalah sekarang :

"Ingatlah para pendengar sekalian! Semua manusia ini ditimpakan ujian oleh Tuhan Yang Maha Besar kepada mereka. Dan ujian ini adalah mengikut tahap kesabaran dan tahap yang manusia berkenaan boleh terima. Ada bermacam-macam ujian yang dilalui manusia. Ada yang ditimpa kemiskinan, ada diduga dengan kesenangan, ada diberi musibah, ada diberi masalah.

Tuhan Yang Maha Esa melalui ujian-NYA ingin melihat sejauh manakah hamba-NYA itu layak untuk mendapat pengampunan-NYA, mendapat berkat-NYA, dan mendapat nikmat-NYA, dan samada manusia itu layak untuk memasuki syurga-NYA atau neraka-NYA. Janganlah kita gagal didalam ujian Tuhan Yang Maha Esa sekiranya kita mahu mendapat apa yang telah dijanjikan oleh-NYA.

Dan kepada ibu bapa kita, hendaklah kita menghormati mereka. Janganlah kita mengasari perbuatan terhadap ibu atau bapa kita. Dan kalau mereka berlaku tidak adil terhadap pendengar sekalian, maka maafkanlah mereka kerana mereka adalah manusia yang tidak diberi hidayah dari Tuhan Yang Maha Pemurah.

Janganlah kita membalas dendam terhadap perbuatan mereka. Kerana sesungguhnya perbuatan itu dikhuatiri akan ditiru pula oleh anak-anak kita terhadap kita. Sebagai ibu bapa, mereka menjadi contoh kepada kita dan kita sebagai ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak kita. itu akan berlarutan sehingga bila-bila.

Janganlah kita memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak kita dengan perbuatan kita yang sentiasa berdendam dengan perbuatan ibu bapa kita. Ingatlah pada Tuhan Yang Maha Membalas bahawasanya setiap baik dan buruk ada balasannya samada diterima terus oleh kita didunia atau di akhirat.

Maafkan setiap perbuatan mereka, dan menjadi tanggungjawab kepada kita anak-anak sekiranya mereka tersesat maka perbetulkanlah mereka. Kalau itu juga menjadi kesukaran kepada kita, maka berdoalah kepada Tuhan Yang Maha Mendengar agar mereka boleh berubah hati dan menjadikan mereka lebih dekat dengan Allah, Yang Maha Besar dan Yang Maha Esa."


Selepas budak ini terdengar ceramah ini, timbullah pelbagai jenis pertanyaan didalam benak budak muda ini. Barulah hati budak ini merasa tenang dan berjanji kepada dirinya yang ianya akan menjadikan laluan kehidupan yang dia lalui sebagai satu pengalaman dan tidak boleh diperturunkan kepada anak-anaknya sekiranya dia kahwin kelak. Dia mahu menjadi bapa yang bertanggungjawab apabila dia kahwin kelak dan menjadikan ayahnya sebagai satu sempadan yang tidak boleh diikut.

Demikian kisah budak berkenaan.

Terima Kasih
 
Back
Top
Log in Register