2618918
Super Active Member

- Messages
- 5,274
- Joined
- Aug 8, 2012
- Messages
- 5,274
- Reaction score
- 3,139
- Points
- 211
Hari ini secara tidak sengaja aku terdengar semula perjalanan brother Lim Jooi Soon memeluk agama islam. Actually video ini pertama kali aku dengar 5 tahun lepas, cuma masa tu dengar sepintas lalu sahaja. Kali kedua dengar (hari ini), ada satu part yang menarik perhatian & buatkan aku tersentak.
Kata saudara Lim Jooi Soon apabila ditanya perasaannya selepas mengucap syahadah lebih kurang begini “ saya sangat tenang & gembira tetapi dalam masa yang sama saya sedih kerana mak & abang saya telah meninggal dunia sebelum saya memeluk agama islam. Kami tinggal dikawasan dimana 80% penduduknya melayu, beragama islam & kami saling kenal antara satu sama lain tetapi tidak ada satu orang pun datang menceritakan islam kepada kami”
Ntah kenapa aku terkedu dengar statement dari brother Lim ni. Memang betul, selama aku berkawan dengan non muslim tidak pernah aku memperkenalkan islam kepada mereka. Topik itu aku rasa sensetif, tidak boleh dibincang, cukuplah sekadar berkawan & berbual topik biasa sahaja.
Soalan aku, apakah cara terbaik seorang muslim yang mempunyai rakan non muslim memulakan bicara & menceritakan islam kepada rakan non muslimnya? Jika korang ada pengalaman berbuat begitu, sila share cara & pengalaman korang.
Last edited: