kes kedua bapa dibuang anak di Perlis selepas nasib sama dialami Abdul Rahman Talib, 57, yang ditinggalkan anak kandungnya di tepi jalan dekat pondok bas, 8 Januari lalu. Othman mendakwa perubahan sikap anaknya semakin ketara sejak dia perlu menjalani rawatan hemodialisis dua hari sekali.
Aku nak tanya korang pasal hal ni. Ikut kan aku terfikir jugak nak buat perkara yang sama bila diorg dah uzur nanti. Nau'zubillah, mintak jauh kan.
Lantaran layanan yang aku terima masa kecil yang di layan macam abdi tak macam adik beradik yang lain, sampai sekarang daripada orang tua aku, especially mak aku yang suka mendera secara mental. Aku black listed bank pun gara2 orang tua aku tu. Banyak sangat kisah sedih, yang sangat sedih sepanjang perjalanan hidup aku ni dengan diorang, yang aku fikir korang pun tak sanggup lalui seperti yang aku lalui.
Macamana aku nak lalui hidup dengan diorang, walhal, macam2 kata nesta yang aku dapat daripada dahulu sampai sekarang ni. Tak tau ler, ntah apa ilmu mak aku pakai, aku jadi ***** turutkan apa saja kehendak dia.
Bini aku, walaupun pilihan diorg pun kene tempias sampai menangis mengenangkan sikap diorg. Adik beradik aku pun, aku tak tau ler, mcm menyisih diri jek, padahal ikutkan aku mangsa paling mendapat layanan paling teruk. Yang dah bertahun tak balik pun ada..
Aku rase hidup aku musnah gara2 orang tua aku..
