BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemimpin Perlu Terus Belajar Tanpa Abai Nilai, Akhlak - PM Anwar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Pemimpin Perlu Terus Belajar Tanpa Abai Nilai, Akhlak - PM Anwar​

feae19cbe8778ad5d22ef8a4c98650e16a4e6f8564995

fea56055eb6f4aa0f619fcd3bce02a5c6a4e6f8d4c03a

fb Anwar Ibrahim

Seorang pemimpin perlu terus belajar dan berasimilasi dengan pendekatan baharu tanpa mengabaikan asas penting seperti kepercayaan, nilai dan akhlak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata perkara itu beliau kongsikan ketika bertemu 22  pemimpin muda dari 12 negara yang sedang menghadiri AZM Global Leaders Kuala Lumpur Summit 2026 di Putrajaya, petang tadi.

“Saya berkongsi pandangan cabaran kepimpinan dalam jamak budaya dan latar belakang harus disandarkan kepada hikmah, kebijaksanaan dan kesabaran,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar pengasas projek itu Muna AbuSulayman bersama anak muda yang terpilih terus diberi kekuatan untuk menyempurnakan ikhtiar berkenaan dalam membina jaringan awal merentas negara dan latar belakang, demi kepentingan bersama pada masa hadapan.

 
Back
Top
Log in Register