BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Acuan Timur Perlu Kekal Dengan Akhlak, Nilai Budaya Serta Lebih Terbuka - Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Acuan Timur Perlu Kekal Dengan Akhlak, Nilai Budaya Serta Lebih Terbuka - Anwar​

2db4f51a6931a098df1b3424ba8da4876a8c1bd4ce777

215f7a82c0a42302726a159ab04bc1146a8c1be45007f

ed436af9a2d8a0043b2b9780c3471e316a8c1c1c1769b

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Menara Finas Damansara hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Acuan Timur yang menjadi pegangan dalam pembangunan negara tidak semestinya berteraskan fahaman neokonservatif, sebaliknya perlu mengekalkan akhlak, nilai dan budaya masyarakat serta lebih terbuka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keterbukaan itu penting, khususnya dalam membangunkan industri seni dan perfileman negara yang memerlukan ruang kreatif serta kebebasan untuk berkembang seiring dengan tuntutan zaman dan perubahan teknologi.

“Tidak bermakna kita harus ikut acuan Barat, tetapi acuan Timur itu tidak semestinya aliran neokonservatif. Acuan Timur itu harus kekal dengan daya, budaya, nilai dan akhlak, tetapi harus lebih terbuka,” kata beliau ketika berucap merasmikan Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Pengerusi FINAS Datuk Hans Isaac, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Perdana Menteri berkata negara yang ingin maju perlu menerima hakikat bahawa generasi muda kini menginginkan suasana yang lebih bebas dan terbuka, tanpa mengetepikan nilai budaya dan akhlak masyarakat.

Beliau berkata industri seni dan filem tidak akan berkembang secara optimum sekiranya terlalu banyak kekangan, sekatan dan syarat dikenakan terhadap penggiatnya.

Sehubungan dengan itu, Anwar berkata kerajaan mahu mewujudkan ruang perbincangan yang lebih terbuka agar penggiat seni tidak berasa terlalu tertekan dan terkongkong dalam menghasilkan karya.

“Saya tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa sastera, budaya, seni itu harus diperkasakan sebagai satu alat propaganda.

“Seni dan budaya bukannya alat propaganda picisan dan murahan, tetapi seharusnya berperanan mengangkat kesedaran, memberikan pencerahan serta membina kefahaman masyarakat,” kata beliau.

 
Back
Top
Log in Register