BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar Perlu Seimbangkan Penguasaan Ilmu, Adab Dan Akhlak - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
8686ce28a28e42790670e0095b5f044a69d0c835e071a

200c212c866382f7420d35bb1a2c5b9769d0c8b8d9862

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program Temu Anwar bersama Warga MCKK di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelajar perlu menekankan pembentukan adab, akhlak dan disiplin dalam usaha mereka menguasai pelbagai bidang ilmu.

Beliau berkata perkara berkenaan tidak boleh diketepikan kerana ia merupakan asas untuk melahirkan pelajar yang seimbang.

"Bukan perkara baharu yang menyebut penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang itu penting, tetapi tidak boleh meninggalkan landasan mendidik manusia ( menerusi) budi pekerti, akhlaknya,” katanya ketika berucap pada program Temu Anwar Bersama Warga Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Auditorium Tun Abdul Razak MCKK, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak Datuk Khairudin Abu Hanipah.

Anwar berkata dalam tradisi keilmuan Islam, konsep ilmu bukan sekadar penguasaan fakta, tetapi melibatkan penghayatan mendalam yang membawa kepada makrifat.

"Kita semuanya berebut untuk mencari maklumat. Tetapi tidak semua maklumat itu ilmu, bukan semua maklumat itu pengetahuan.

"Saringan ilmu itu memerlukan usaha kita menilai dan menyaring berita untuk melayakkan kita mendapat makrifat. Jadi ada beza antara maklumat, pengetahuan dan kebijaksanaan,” kata beliau.

Sementara itu, Anwar yang mendapat pendidikan selama enam tahun dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam Atas (1960 hingga 1966) di MCKK turut menyerahkan cek cura berjumlah RM800,000 bagi kerja menaik taraf Dewan Hargreaves MCKK.

 
Back
Top
Log in Register