BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penguasaan Ilmu, Penghayatan Pedagogi Berkesan Perlu Terus Diperkasa - Raja Perlis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Penguasaan Ilmu, Penghayatan Pedagogi Berkesan Perlu Terus Diperkasa - Raja Perlis​

c4963871eeb42d2c6a139d843b4853106a2911f46df12

6ee0806be7b4b0818c1c27971e505b366a2911d852d6b


Penguasaan ilmu dan penghayatan pedagogi yang berkesan serta budaya perkongsian ilmu dan kemahiran digital perlu terus diperkasa agar sistem pendidikan di negara ini kekal dinamik, relevan dan berdaya saing dalam menghadapi arus perubahan masa.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah pada masa sama perhatian sewajarnya juga perlu diberikan kepada usaha meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh yang merangkumi aspek ilmu, kemahiran dan pembentukan nilai karamah insaniah.

Baginda bertitah pendidikan bukan hanya sekadar untuk mengejar kecemerlangan akademik tetapi merupakan wadah membentuk insan sejahtera yang beradab, berilmu, berdaya tahan, berkemahiran dan berkeyakinan seperti mana dihasratkan dalam Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035.

"Penuhilah minda generasi muda dengan ilmu yang bermanfaat, dan hiasilah peribadi mereka dengan akhlak serta budi pekerti yang luhur agar mereka mampu mencorakkan masa depan yang gemilang," titah baginda semasa berkenan merasmikan bangunan baharu Jabatan Pendidikan Perlis, di sini, hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Selain itu, Tuanku Syed Sirajuddin bertitah isu literasi dan numerasi juga hendaklah terus ditangani secara berfokus agar setiap murid menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira sejak di bangku sekolah rendah.

Sementara itu, Raja Perlis bertitah bangunan baharu Jabatan Pendidikan negeri itu bukan sahaja menjadi mercu tanda baharu Perlis malah bakal berfungsi sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang memperkukuh usaha melahirkan generasi berpengetahuan, berkemahiran dan berfikiran kelas pertama.

"Saya yakin dan percaya dengan kemudahan yang lengkap dan moden ini akan menjadi wahana penting dalam memperkukuh pengurusan pendidikan, memperkasa profesionalisme guru serta melonjakkan kecemerlangan murid," titah baginda.

 
Back
Top
Log in Register