BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar Perlu Adaptasi Perubahan, Kuasai Ilmu Baharu - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,177
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,177
Reaction score
346
Points
141
b59dfaaf209832ff9d5fa27209b92b88699b0bc3abaab

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelajar perlu mengadaptasi perubahan dan memperkukuh usaha menuntut ilmu termasuk menguasai ilmu baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sistem pendidikan pada masa ini amat mencabar yang menuntut mahasiswa meninggalkan pemikiran lapuk dan terikat dengan cara lama.

Beliau berkata pelajar turut berdepan dengan perubahan era pendidikan yang dipacu oleh transformasi digital dan tekanan teknologi yang berkembang pesat setiap hari.

“Umumnya zaman ini, zaman yang sangat mencabar. Persaingan yang terlalu kencang dan perubahan itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Kalau mahu maju, kita harus terima keadaan… tidak boleh (berada) pada tahap yang lama, (termasuk) cara berfikir, cara bekerja,” kata beliau berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi di Kompleks Seri Perdana hari ini.

 
Back
Top
Log in Register