BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembelajaran bahasa ibunda bantu kanak-kanak hayati warisan budaya sejak kecil: DPM Gan

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

Pembelajaran bahasa ibunda bantu kanak-kanak hayati warisan budaya sejak kecil: DPM Gan​

pcf_gan.jpg


SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong berkata pembelajaran dwibahasa dan sikap mengambil berat terhadap alam sekitar perlu dipupuk sejak kecil lagi bagi membantu kanak-kanak membentuk nilai-nilai dan tabiat yang baik, serta rasa tanggungjawab terhadap dunia di sekeliling mereka.
DPM Gan berkata demikian menerusi catatannya di Facebook sambil berkongsi bahawa beliau telah menghadiri Festival Eko Dwibahasa bertemakan "Memelihara Alam, Memupuk Bahasa" di One Punggol pada Sabtu (12 Sep).

DPM Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan, menzahirkan rasa gembira bahawa pembelajaran bahasa ibunda di PCF Sparkletots akan menjadi lebih mudah diakses oleh kanak-kanak.

IKLAN

Mulai 2027, semua pusat PCF Sparkletots akan menawarkan pembelajaran ketiga-tiga bahasa ibunda, sekali gus memberi kanak-kanak lebih banyak peluang mempelajari bahasa ibunda mereka sebelum memasuki sekolah rendah.

Beliau turut menggesa masyarakat agar terus bekerjasama untuk membina asas yang kukuh dalam diri generasi muda supaya mereka dapat berkomunikasi dengan yakin, memelihara alam sekitar dan memainkan peranan dalam membentuk masa depan Singapura.
Menteri Negara Kanan Pendidikan merangkap Kemampanan dan Sekitaran, Dr Janil Puthucheary, turut menghadiri acara itu.

Menerusi catatan di Facebook, Dr Puthucheary yang juga pengerusi bagi Jawatankuasa Eksekutif PCF berkata festival itu meraikan bahasa ibunda serta usaha untuk memastikan generasi muda terus terhubung dengan warisan dan sejarah mereka.

Menurut beliau, usaha menawarkan pembelajaran ketiga-tiga bahasa ibunda itu memberikan golongan muda lebih banyak peluang untuk belajar dan menghayati warisan budaya mereka.

 
Back
Top
Log in Register