BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selangor Anjur Festival Sastera Kanak-kanak, Bantu Tangani Ketagihan Gajet

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Selangor Anjur Festival Sastera Kanak-kanak, Bantu Tangani Ketagihan Gajet​

918e36b05f470e4e53d9115321fb8cbb6a687e15700a5

Penasihat Jawatankuasa Pengelola Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 Mohd Khair Ngadiron (tengah) selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada para penerima pada Sesi Dapatan Rasmi PBAKL 2026 di Perpustakaan Raja Tun Uda hari ini. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Festival Sastera Kanak-Kanak Selangor menjadi langkah proaktif kerajaan negeri membantu ibu bapa menangani isu ketagihan gajet dalam kalangan generasi muda menerusi pemupukan budaya membaca dan aktiviti interaktif fizikal.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Mastura Muhamad berkata penganjuran pertama festival itu juga peralihan konsep daripada pesta buku biasa kepada platform komuniti yang lebih menyeluruh.

Beliau berkata pendekatan baharu itu susulan kebimbangan terhadap penggunaan telefon pintar yang terlalu berleluasa dalam kalangan kanak-kanak, sekali gus menuntut tindakan segera pelbagai pihak untuk menyediakan ruang alternatif yang lebih selamat.

“Hari ini, ramai ibu bapa muda berhadapan cabaran besar mendidik anak yang terdedah kepada ketagihan gajet. Kita sering melihat situasi telefon bimbit dijadikan alat untuk menenangkan anak semasa makan atau beribadah.

“Pihak kerajaan tidak boleh berdiam diri, kita perlu menyediakan platform fizikal yang mempunyai persekitaran selamat serta penuh kasih sayang tanpa syarat yang membolehkan ibu bapa dan anak belajar serta melakukan aktiviti bersama-sama,” katanya ketika ditemui di Auditorium Perpustakaan Raja Tun Uda di sini hari ini.

Festival Sastera Kanak-Kanak Selangor dijadualkan berlangsung dari 28 hingga 31 Ogos di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dan SA Central.

Mastura berkata festival itu juga mengetengahkan seni batik sebagai tema utama penganjuran bagi memupuk rasa bangga terhadap warisan budaya tempatan dalam diri kanak-kanak dari peringkat awal usia.

“Untuk susun atur, kita hanya menggunakan meja pameran terbuka untuk mewujudkan suasana mesra kanak-kanak.

“Pelbagai aktiviti menarik dirancang termasuk sesi penceritaan kisah rakyat seperti Naga Tasik Chini dan Si Tanggang, laluan maze, persembahan cosplay serta Larian Anak-Anak Gaza untuk tujuan kebajikan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register