BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak Tiga Tahun Mangsa Ragut Di Festival Makanan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Kanak-kanak Tiga Tahun Mangsa Ragut Di Festival Makanan​

2e8ba62d215ee42a953212f255b25b9e63e47b4c9ec4c


Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menjadi mangsa ragut apabila rantai leher emas bernilai RM2,900 ditarik seorang lelaki di kawasan festival makanan di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Johari Yahya berkata pihaknya menerima laporan pada 10.28 malam dan kejadian berlaku semasa mangsa dan ahli keluarganya berjalan di festival itu yang sesak dengan pengunjung.

“Mangsa memaklumkan kepada ibunya ada seorang lelaki telah menarik sesuatu pada bahagian leher sebelum wanita itu mendapati rantai leher emas dipakai anaknya hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johari berkata polis sedang menjalankan siasatan termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran bagi mengenal pasti suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menerusi talian 06-790 4222 atau balai polis berhampiran.

 
Back
Top
Log in Register