BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu Maut, Pacuan Empat Roda Dihempap Pokok Tumbang Di Batang Kali

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
dc9c7f78fefcc899f2df20ef3a859a5e68f5f3ed70747

d110bfa4edf910b3ab1100254f0737c568f5f42ada1bb

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor

Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Batang Kali, Hulu Selangor, dekat sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 2.14 petang.

“Setibanya di lokasi pada 2.45 petang, didapati sebatang pokok telah tumbang menghempap sebuah Toyota Hilux, melibatkan seorang mangsa lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerah ke lokasi, dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan.

 
Back
Top
Log in Register