BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelakon veteran Dharma Harun meninggal dunia

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
WhatsApp-Image-2025-11-25-at-10.12.40-PM.jpeg

ANAK kedua Dharma mengesahkan bapanya sudah meninggal dunia.

"Pelakon veteran Dharma Harun meninggal dunia" Kuala Lumpur – Pelakon veteran Dharma Harun Al Rashid meninggal dunia sendirian di kediaman mereka, hari ini kira-kira pukul 9.10 malam hari ini.

Anak kedua seniman itu, Muhammad Al Syafiq, 36, memaklumkan berita mendukacitakan tersebut menerusi muat naik Instagram.

“Ayah saya meninggal (dunia) waktu saya balik tadi pukul 9.10 malam,” coretnya ringkas.

Menurut laporan sebuah portal, Al Syafiq baru sampai rumah dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) kira-kira jam 9.10 malam tadi dan mendapati bapanya sudah tidak bernyawa.

“Saya baru balik kelas. Dia jatuh. Tubuh badannya dah keras dan sejuk. Saya pusing mana pun dia keras. Saya sudah panggil ambulans,” katanya.

Pada Julai lalu, Kosmo! Online melaporkan keadaan Dharma merosot apabila berat badannya turun mendadak ke 45 kilogram (kg).

Difahamkan pelakon berusia 68 tahun itu menghidap pelbagai penyakit seperti asma, bengkak bahagian jantung dan paru-paru, gastrik serta mempunyai masalah tiroid.

Sebelum ini iaitu sekitar 2019 Dharma pernah mengalami serangan angin ahmar yang mengakibatkan pertuturannya terjejas.

Berikutan kesan strok serta beberapa masalah kesihatan lain, daya ingatannya turut terjejas sekali gus menyebabkannya tidak lagi mampu bekerja.

Selain Syafiq, 36, Dharma juga dijaga anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37, yang juga masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). – KOSMO! ONLINE
==============================
Alahai... sedih jugak dengar berita ni 😢 Ajal dan maut di tangan Tuhan. Anyway, agak2 la sakit macam2 tu takkan tak prepare kan. Semoga family dia kuat, nasib baik anak2 dia ada keliling dia time tu. 😕

 
559b2de9993b1e2bb7e5094bed40d9ae6925cc0685e4f

fb Dharma Harun Al Rashid

Pelakon veteran, Dharma Harun Al-Rashid meninggal dunia di kediamannya di Wangsa Maju, malam ini.

Berita pemergiaan Allahyarham dikongsikan oleh anak keduanya Muhammad Al Syafiq, 36, menerusi satu hantaran di Instagram.

“Ayah saya meninggal dunia waktu saya balik tadi, pukul 9.10 malam. Akan diurus di Masjid Abu Ubaidah, Taman Sri Rampai,” katanya.

Dharma, 68, yang dikenali menerusi filem Adik Manja, sebelum ini menghidap beberapa masalah kesihatan termasuk asma, bengkak jantung dan paru-paru, gastrik serta masalah tiroid.

Pada 2019, Allahyarham pernah diserang angin ahmar yang menjejaskan pertuturan, dan kesan strok serta penyakit lain turut menurunkan daya ingatannya sehingga beliau tidak lagi mampu bekerja.

Selain Muhammad Al Syafiq, Allahyarham turut dijaga oleh anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37, yang masih mengikuti pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Pada Februari 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Setiausaha Politik beliau Datuk Ahmad Farhan Fauzi, menyampaikan sumbangan kepada pelakon popular era 1980-an itu untuk membantu urusan hariannya.

 
55a12c77cebf1cffee36b0c83a4d435e6925d242a639c

fb Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Dharma Harun Al Rashid, atas pemergian pelakon veteran itu malam ini.

Fahmi berkata beliau mengingati Allahyarham sebagai seorang yang berkeperibadian lembut, bersahaja serta dihormati ramai.

"Saya berdukacita menerima perkhabaran bahawa seniman Dharma Harun Al Rashid telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Pertemuan saya dengan Allahyarham pada majlis penyampaian sumbangan raya kepada artis veteran di IPPTAR (Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak) awal tahun ini masih segar dalam ingatan.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut mendoakan seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan yang tersayang.

Terdahulu, berita pemergian Allahyarham dikongsikan oleh anak keduanya Muhammad Al Syafiq, 36, menerusi satu hantaran di Instagram.

Pada 2019, Allahyarham pernah diserang angin ahmar yang menjejaskan pertuturan, dan kesan strok serta penyakit lain turut menurunkan daya ingatannya sehingga beliau tidak lagi mampu bekerja.

Pada Februari 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Setiausaha Politik beliau Datuk Ahmad Farhan Fauzi, menyampaikan sumbangan kepada pelakon popular era 1980-an itu untuk membantu urusan hariannya.

 
WhatsApp-Image-2025-11-26-at-12.44.25-PM.jpeg

Allahyarham Dharma menghembuskan nafas terakhir sendirian di kediamannya di Wangsa Maju, malam tadi. - Foto FIRDAUS JOHARI

"Jenazah bintang legenda Dharma Harun selamat dikebumikan" KUALA LUMPUR – Jenazah pelakon legenda, Allahyarham Dharma Harun Al Rashid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selaseh, tepat jam 12.30 tengah hari tadi.

Kira-kira 100 hadirin mengiringi perjalanan terakhir bintang besar era 70-an hingga 90-an itu, termasuk ahli keluarga, sahabat handai, rakan artis serta peminat yang mahu memberikan penghormatan terakhir.

Antara rakan artis yang hadir ialah Datuk DJ Dave, Mubarak Majid, Noor Kumalasari, Datuk Yusof Haslam dan beberapa penggiat seni rapat arwah.

Terdahulu, jenazah dimandi serta disolatkan di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, di Taman Sri Rampai sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sendirian di kediamannya di Wangsa Maju, malam tadi, meninggalkan khazanah seni tidak ternilai buat industri perfileman tanah air.

Sepanjang lebih tiga dekad berkarya, Dharma yang berasal dari Ipoh menjadi antara hero pilihan utama penerbit.

Penampilannya di layar perak membentuk wajah baharu dunia lakonan, malah menjadi rujukan generasi pelakon selepasnya.

Antara karya ikoniknya termasuk Adik Manja, Sikit Punya Gila, Talak, Mama Oh Mama, Langit Petang, Aku Yang Berhormat, Orang Kampung Otak Kimia, Ke Medan Jaya serta filem Hollywood, Anna and the King.

Bagi naskhah terakhirnya, Adik Manja Returns pada 2012, arwah memikul tiga peranan serentak iaitu pengarah, penulis skrip dan penerbit.

Allahyarham turut dianggap legenda kerana pernah bergandingan dengan nama-nama besar seperti Allahyarham Neng Yatimah, Allahyarham Ahmad Mahmud, Allahyarham Azean Irdawaty, AR Badul, Noor Kumalasari, Allahyarham Noreen Noor dan ramai lagi.

Dalam dunia muzik, arwah pernah merakamkan album Jika Kau Bermimpi Aku Di Sisimu terbitan WEA Records pada 1980, menampilkan sisi kreatifnya sebagai penyanyi.

Turut kelihatan memberikan penghormatan terakhir ialah Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Beliau turut berkongsi rasa simpati terhadap dua anak arwah yang masih menuntut di ASWARA.

Sebelum ini, arwah pernah berdepan tekanan hidup sehingga hampir dihalau dari rumah sewa akibat tunggakan RM7,500. Kisah itu mencetuskan simpati ramai, sebelum arwah menerima bantuan daripada KARYAWAN, Pusat Zakat dan Yayasan Budi.

Namun masalah kesihatan terus membelenggu, beliau kehilangan selera makan hingga berat badan jatuh drastik daripada 85 kilogram kepada 45 kilogram, selain menghidap gastrik, asma serta bengkak pada jantung, paru-paru dan tiroid. – KOSMO! ONLINE


 

Sebulan sebelum pergi, Dharma alami kemurungan​





KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Noor Kumalasari, 69, mendedahkan Allahyarham Dharma Harun Al Rashid, 68, melalui episod kemurungan kira-kira sebulan sebelum pemergiannya sehingga memilih untuk menyendiri dan menjauhkan diri daripada keluarga.

Noor Kumalasari berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri ahli keluarga arwah yang memberitahu pelakon Adik Manja itu menjadi semakin pendiam dan enggan bertemu sesiapa, termasuk adik-beradiknya.

"Baru-baru ini saya diberitahu ahli keluarganya bahawa sebulan lalu, arwah mengalami kemurungan. Dia jadi sangat 'down'… sampai adik-beradik pun dia tak mahu jumpa.

"Dia lebih banyak menyendiri dan mengurung diri. Jadi, ketika Syafiq (anak Dharma) pulang dari kolej dan bertemu dengannya, sebenarnya masa itu arwah baru sahaja melalui fasa kemurungan itu," katanya ditemui selepas pengebumian arwah di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves, hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Kumalasari berkata arwah pernah meluahkan rasa tertekan kerana sudah lama tidak bekerja, sedangkan dunia seni amat dekat di hatinya.

"Arwah murung sebab sudah lama tak bekerja. Dia jenis yang suka bekerja, suka bergerak aktif.

"Saya pernah nasihatkan dia, kalau rasa nak bekerja, ambil saja apa-apa kerja dalam industri perfileman. Tolong-tolong pun tak apa.

"Kalau pun tak dapat kerja tetap, pergilah ke set penggambaran sebab dia suka suasana orang seni. Sekurang-kurangnya dia tak duduk saja dan tenggelam dalam kemurungan. Alhamdulillah, selepas itu dia mula dapat rezeki," katanya.

Noor Kumalasari turut mengimbau detik awal pertemuan mereka ketika membintangi filem Adik Manja dan menyifatkan arwah sebagai seorang yang pemalu dan rendah diri.

"Masa pertama kali jumpa, dia sudah menangis. Dia jarang berkongsi kisah hidupnya, jadi itu kali pertama saya tahu.

"Dia cakap, 'saya ini sebenarnya segan, bukan sombong.' Dia rasa kecil diri… selalu fikir 'siapalah Dharma'.

"Saya pula waktu itu terkenal tegas, selalu tegur pelajar (pelakon Adik Manja), termasuk dia. Tapi dia kata, dia ada banyak kenangan manis dengan saya," katanya.

Julai lalu, Noor Kumalasari bersama penyanyi dan penyampai Kool FM, Haiza Hanafi, sempat menziarahi arwah di kediamannya di Wangsa Maju.

Ziarah itu kini menjadi kenangan terakhir sebelum Allahyarham Dharma menghembuskan nafas terakhir.

Arwah dilapor meninggal dunia di kediamannya malam tadi, berita yang dikongsi anak kedua beliau, Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, menerusi hantaran Instagram Story (IGs).

Jenazah selamat dikebumikan pada jam 12.30 tengah hari di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2. Kira-kira 100 hadirin, termasuk ahli keluarga, rakan seni dan kenalan rapat hadir memberi penghormatan terakhir.

Terdahulu, jenazah diuruskan dan disolatkan di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai, di sini.
NoorDharmamurungONL_1764150538.jpg
Noor Kumalasari menyifatkan Allahyarham Dharma sebagai seorang yang pemalu dan rendah diri. - Foto NSTP/Ahmad Ukasyah
 
Back
Top
Log in Register