BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelakon Veteran Kamarozaman Atau Cik Man Meninggal Dunia

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201
14287389860469597-415870.jpg

14287389860469597-415871.jpg

14287389860469597-415872.jpg

14287389860469597-415873.jpg


Pelakon Kamarool Haji Yusoff Cik Man disahkan telah meninggal dunia.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga dan insan yang mengenali Allahyarham. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar segala amal ibadahnya diterima serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
 
415880-415880.jpg


Mengadu gastrik teruk, pelakon Cik Man meninggal dunia


PETALING JAYA – Pelakon veteren Kamarool Haji Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man, 67, meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang tadi.

Anak keduanya, Fakhrol Aliff mengesahkan perkara tersebut selepas diberitakan arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tanah Merah, Kelantan.

“Saya baru balik dari rumah tadi, rasanya dalam pukul 5 petang.

“Saya balik mandi lepas jaga abah tadi selepas itu kakak telefon kata datang hospital sebab abah dah tak ada,” katanya kepada Kosmo! Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Kongsinya lagi, pelakon filem Rock Oo itu sempat mengadu sakit perut beberapa hari sebelum bapanya ditidurkan semalam.

“Abah sebelum ini tak sakit teruk pun, kali terakhir dia kena serangan jantung dua tahun lepas.

“Selepas daripada itu, periksa jantung semua tak ada tapi dia selalu macam gastrik. Dia teruk semalam.

“Dia ada mengadu sakit tapi gastrik, sakit perut dan sakit belakang. Macam angin begitulah.

“Jadi, bila nak ajak pergi hospital dia tak nak. Semalam, dia dah tak tahan sangat dah,” katanya lagi.

Bagaiamanapun, Fakrol masih tidak mengetahui maklumat mengenai pengebumian bapanya.

Semalam, Cik Man ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) susulan masalah saluran jantung tersumbat.

Cik Man sebelum ini melakukan kemunculan sulung membawakan watak Farouk dalam filem Gila-Gila Remaja.

Panggilan Farouk yang dahulunya sinonim dalam kalangan peminat era 1980-an kini sudah bertukar kepada Cik Man, nama wataknya dalam filem Rock Oo arahan Allahyarham Mamat Khalid. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
 

Pelakon Veteran Kamarozaman Atau Cik Man Meninggal Dunia​

5cf3e8925d387f349fc1b962e2061e7b6a73221bcae6e


Pelakon veteran Kamarozaman Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man, 68, meninggal dunia di Hospital Tanah Merah, Kelantan kira-kira 5.30 petang tadi.

Berita pemergian Allahyarham disahkan anak lelakinya Ahmad Fakhrol Aliff, 23.

Beliau memaklumkan bapanya ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan semalam, selepas disahkan mengalami masalah saluran jantung tersumbat.

“Saya sahkan abah saya sudah tiada sekitar pukul 5 lebih tadi. Beliau meninggal dunia di Hospital Tanah Merah, Kelantan.

“Abah dijangka dikebumikan esok kira-kira pukul 9 pagi memandangkan hari sudah lewat, namun lokasi pengebumian masih belum ditentukan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut Ahmad Fakhrol Aliff, bapanya pernah mengalami serangan jantung beberapa tahun lepas, selain mengadu sakit seperti gastrik dan angin sejak kebelakangan ini.

Allahyarham mula dikenali menerusi watak antagonis ikonik ketua Kumpulan Gagak Hitam dalam filem klasik Malaysia Gila-Gila Remaja pada 1986, filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Rock Oo arahan Allahyarham Mamat Khalid serta beberapa filem lain.

Terdahulu, berita pemergian Cik Man dikongsikan menerusi hantaran Facebook Mohammad Amirullah Azmi atau Amir Raja Lawak yang turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Dimaklumkan, Kamarool Haji Yusoff atau lebih dikenali sebagai Farok dan Cik Man baharu sahaja meninggalkan kita semua.

 
Back
Top
Log in Register