hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,486
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,486
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Industri seni berduka, pelakon veteran Papa Rawi hembus nafas terakhir
Kuala, Lumpur: Pelakon veteran yang juga penerbit, Mohd Rawi Mohamed Said, 83, atau lebih mesra dengan panggilan Papa Rawi meninggal dunia di rumahnya di ibu negara, hari ini.
Sandakiah berkata, Allahyarham yang mempunyai penyakit asma, jantung dan hernia dikatakan diserang semput lalu memanggil isterinya kira-kira jam 3 pagi tadi.
"Isterinya, Zarela Abdul Kadir mendapati ubat bancuh nebuliser suaminya sudah habis lalu menyapu ubat sapuan Vicks di dada dan belakangnya.
"Selepas itu Zarela atau Mummy ke dapur untuk membasuh tangan dan apabila ke depan mendapati suaminya sudah nazak lalu menghubungi jirannya, namun tak berjawab.
Sebelum terbabit dalam bidang seni, Papa Rawi pernah berkhidmat sebagai pengurus Bank Bumiputera (kini CIMB) di Sabah.
Sandakiah berkata, jenazah dibawa ke Masjid Bukit Antarabangsa dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana sebelum solat Jumaat.
Artikel Harian Metro