BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelakon veteran Charlie Nu'man kritikal akibat kanser usus tahap empat

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,486
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,486
Reaction score
1,681
Points
201
14083669451712541-333020.jpg

14083669451712541-333021.jpg


Pelakon veteran Charlie Nu'man kritikal akibat kanser usus tahap empat

Kuala Lumpur: Pelakon veteran, Charlie Nu'man Salleh, 71, yang disahkan menghidap kanser usus tahap empat, kini berada dalam keadaan kritikal serta tidak bermaya.

Adiknya, Yusri Salleh, memaklumkan, Charlie kini berada di rumah anak perempuannya selepas dibenarkan keluar dari hospital pada Khamis lalu. Bagaimanapun, pelakon itu hanya mampu terlantar dan tidak lagi dapat bercakap.

"Keadaan Charlie masih sama seperti sebelum ini. Dia hanya terlantar dan tidak boleh bercakap. Minggu lalu, doktor sahkan dia menghidap kanser usus tahap empat," katanya.

Yusri berkata, keluarga mereka hanya mengetahui mengenai penyakit itu selepas doktor membuat pengesahan.

"Doktor beritahu dua pilihan sama ada mahu terus menahannya di wad atau membawa pulang ke rumah. Kalau terus di wad, hospital hanya boleh sediakan alat oksigen tanpa bantuan kecemasan (CPR) kerana keadaannya sudah terlalu kritikal.

"Badan dia sudah terlalu lemah dan kurus, jadi doktor tidak galakkan pembedahan. Kami akhirnya sepakat bawa dia pulang ke rumah," katanya.

Tambah Yusri, keadaan abangnya semakin membimbangkan apabila sudah empat hari tidak menjamah makanan.

"Semalam kami bawa dia semula ke hospital kerana risau dia sudah empat hari tak makan. Namun, doktor maklumkan dengan keadaan sekarang, memang dia tidak boleh makan kerana kanser usus itu sudah terlalu kronik.

"Sekarang ini kami hanya mampu titiskan air di mulutnya," ungkap Yusri.

Sementara itu, Yusri turut meluahkan rasa terkejut kerana keadaan kesihatan abangnya berubah secara mendadak.

"Dua minggu lalu keadaannya masih sihat. Dia masih boleh naik tangga untuk ke rumahnya di tingkat empat. Semuanya berlaku terlalu cepat," katanya.

Terdahulu, Yusri melalui hantaran di Facebook berkongsi keadaan Charlie yang terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan susulan penyakit kanser usus tahap empat.

Pada April lalu, Charlie turut diuji apabila rumah sewanya di Gombak Setia, Selangor, musnah dijilat api pada hari kedua sambutan Aidilfitri.

Affan Rostam
 
Back
Top
Log in Register