BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ridani Ghani dilapor berada dalam keadaan kritikal akibat kanser

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,486
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,486
Reaction score
1,681
Points
201
407639-407639.jpg


Ridani Ghani, 48, dilapor berada dalam keadaan kritikal akibat kanser

Pelakon era 1990-an, Ridani Ghani, 48, dilapor berada dalam keadaan kritikal akibat kanser.

Menerusi hantaran yang dimuat naik penyampai radio, Sharifah Shahirah atau Shiera, Ridani yang dimasukkan ke Hospital Selayang sejak Sabtu lalu , kini berada dalam keadaan tidak stabil.

Sementara itu, kakak kepada pelakon Emma Maembong, iaitu Yaya Maembong yang juga rakan baik Ridani, mengesahkan keadaan pelakon berkenaan semakin merosot.

Menurut Yaya, pelakon drama Romeo & Juliet itu ditidurkan, semalam, namun, kembali sedar kira-kira empat jam kemudian.

"Saya baru pulang daripada menziarahi Ridani di hospital. Keadaannya memang sangat kritikal.
"Jadi, saya harap orang ramai dapat terus titipkan doa buat Ridani. Semalam dia ditidurkan, tetapi, selepas empat jam dia kembali sedar.

"Mungkin rezekinya untuk bertemu saudara-mara dan rakan-rakan lama yang sudah lama tidak berjumpa.

"Apabila kami bercakap dengannya dan sebut namanya, dia masih ingat. Malah, dia juga kenal individu yang datang menziarahinya," katanya.

Selepas mendirikan rumah tangga pada awal 2006, Ridani mula memperlahankan kerjaya seninya dan memberi tumpuan kepada keluarga.

Kali terakhir dia muncul di kaca televisyen (TV) kira-kira 15 tahun lalu menerusi drama Kilauan. Ridani mempunyai seorang saudara kembar dikenali sebagai Ridana.

#duniaartis
 
Back
Top
Log in Register