BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lydia Ibtisam kritikal Elliza rayu doa semua

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,486
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,486
Reaction score
1,681
Points
201
14278063149318813-412961.jpg

14278063149318813-412962.jpg


Lydia Ibtisam kritikal Elliza rayu doa semua


KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Elliza Razak, merayu orang ramai agar bersama-sama mendoakan kesembuhan sahabat baiknya yang juga pelakon, Lydia Ibtisam, yang kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Luahan penuh emosi itu dimuat naik menerusi Instagram sehingga mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikutnya apabila mengenang persahabatan mereka yang terjalin sejak bergandingan dalam drama Impian Illyana.

Elliza berkata, dia sukar menerima keadaan Lydia atau nama sebenarnya Nur Ibtisam Abdul Wahab yang kini sedang bertarung nyawa dan berharap Allah SWT mengurniakan keajaiban agar sahabatnya itu kembali sembuh seperti sediakala.

"Assalamualaikum semua. Dengan berat hati saya nak maklumkan keadaan sahabat baik saya, Lydia Ibtisam. Kalau ada yang mengenali kami, kami pernah bekerjasama dalam drama Impian Illyana.

"Beliau kini berada dalam keadaan sangat kritikal di hospital.

"Saya mohon semua dapat membantu dengan menadah tangan dan mendoakan supaya Lydia diberi keajaiban untuk sembuh semula.

"Kalau boleh, saya juga mohon semua dapat melakukan solat hajat untuk kesembuhannya.

"Tolong doakan Lydia.

"Ya Allah, Lydia… saya tidak sanggup melihat keadaan awak yang begitu lemah. Awak kuat, Lydia. Saya sangat sayangkan awak. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan keajaiban buat awak," tulisnya.

Perkongsian Elliza itu pantas menerima perhatian warga maya yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan doa dan kata-kata semangat buat Lydia.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada maklumat lanjut didedahkan mengenai punca Lydia dimasukkan ke hospital atau keadaan kesihatannya.

Artikel Berita Harian
 
'Lydia Ibtisam baru sahaja menghembuskan nafas terakhir' - Mimi Ernida

Wartawan HM

Kuala Lumpur: Pelakon Lydia Ibtisam yang kritikal akibat menghidap penyakit autoimum meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital di ibu negara, hari ini.

Perkara itu dikongsi rakannya, Mimi Ernida yang juga pelakon dalam hantaran Threads, sebentar tadi.

"Assalamualaikum... Nur Ibtisam Bt Abdul Wahab (Lydia Ibtisam) baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi... Alfatihah...," tulisnya.

Terdahulu, suami kepada Lydia, 46, iaitu Ezam Merican memohon doa daripada orang ramai buat isterinya yang berada dalam keadaan kritikal di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Ezam yang juga bapa kepada dua cahaya berkata, isterinya menghidap penyakit autoimun yang sudah menyerang buah pinggang termasuk ada virus dalam perut, paru-paru dan darah.

Berita lanjut menyusul


Artikel Harian Metro

14278389332399549-413135.jpg

14278389332399549-413136.jpg

14278389332399549-413137.jpg
 
Back
Top
Log in Register