hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,486
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,486
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Lydia Ibtisam kritikal Elliza rayu doa semua
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Elliza Razak, merayu orang ramai agar bersama-sama mendoakan kesembuhan sahabat baiknya yang juga pelakon, Lydia Ibtisam, yang kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di hospital.
Luahan penuh emosi itu dimuat naik menerusi Instagram sehingga mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikutnya apabila mengenang persahabatan mereka yang terjalin sejak bergandingan dalam drama Impian Illyana.
Elliza berkata, dia sukar menerima keadaan Lydia atau nama sebenarnya Nur Ibtisam Abdul Wahab yang kini sedang bertarung nyawa dan berharap Allah SWT mengurniakan keajaiban agar sahabatnya itu kembali sembuh seperti sediakala.
"Assalamualaikum semua. Dengan berat hati saya nak maklumkan keadaan sahabat baik saya, Lydia Ibtisam. Kalau ada yang mengenali kami, kami pernah bekerjasama dalam drama Impian Illyana.
"Beliau kini berada dalam keadaan sangat kritikal di hospital.
"Saya mohon semua dapat membantu dengan menadah tangan dan mendoakan supaya Lydia diberi keajaiban untuk sembuh semula.
"Kalau boleh, saya juga mohon semua dapat melakukan solat hajat untuk kesembuhannya.
"Tolong doakan Lydia.
"Ya Allah, Lydia… saya tidak sanggup melihat keadaan awak yang begitu lemah. Awak kuat, Lydia. Saya sangat sayangkan awak. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan keajaiban buat awak," tulisnya.
Perkongsian Elliza itu pantas menerima perhatian warga maya yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan doa dan kata-kata semangat buat Lydia.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada maklumat lanjut didedahkan mengenai punca Lydia dimasukkan ke hospital atau keadaan kesihatannya.
Artikel Berita Harian