BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ayah masih kritikal tapi stabil – Anak Amyza Aznan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201
14299945526268133-419657.jpg

14299945526268133-419658.jpg

14299945526268133-419659.jpg


Suami Amyza Aznan kritikal, ditidurkan di HKL akibat sesak nafas

"Sebenarnya lima hingga ke enam hari ini, keadaan dia memang tak bagus. Dia ada sesak nafas.

"Bukan sebab dia tak pergi dialisis, dia fikir sebab batuk. Sebab dialisis dia kena buat tiga kali seminggu. Selalunya kalau tak dialisis, benda tu akan terjadi. Tetapi kali ini, walaupun dia pergi dialisis pun, masih tak boleh bernafas," katanya kepada

Menurut Amyza, kesihatan kurang baik Khairil Nizar sudah berlarutan lebih dua minggu lalu apabila suaminya tidak dapat tidur seperti biasa.

"Saya rasa sudah lebih dari dua minggu, dia tak dapat tidur macam biasa. Dia berdiri sepanjang masa sampai ke pagi. Berdiri ataupun dia duduk. Tetapi lebih kepada berdiri sebenarnya sebab dia tak boleh bernafas," katanya lagi.

Amyza turut berkongsi empat hari lalu, suaminya pernah memaklumkan mahu ke hospital, namun cuba bertahan dahulu dengan meneruskan rawatan dialisis meskipun tiada perubahan positif.

"Jadi pagi tadi dia 'surrender' dan minta saya untuk hantar ke hospital. Tetapi untuk kita hantar sendiri memang tak boleh dan amat mustahil dalam keadaan begitu.

"Sebab dia pasti akan minta berhenti kereta, keluar dan berdiri dua ke tiga jam dekat luar sebab tak boleh bernafas. Jadi keputusannya, saya panggil ambulans datang ke rumah," kongsinya.

Dalam pada itu, Amyza berkata, kira-kira jam dua petang tadi, dia menerima panggilan daripada pihak HKL memaklumkan suaminya terpaksa ditidurkan.

"Doktor telefon dan beritahu suami saya terpaksa ditidurkan kerana keadaan kritikal, paru-paru berair dan tekanan darah tinggi.

"Saya sudah berada di hospital sejak jam 5 petang tadi, jadi setakat ini belum ada apa-apa keputusan, kita masih tunggu keputusan daripada doktor," katanya.

Terdahulu, Amyza memaklumkan keadaan terkini suaminya menerusi hantaran di Instagram Storynya, petang tadi.

"Assalammualaikum, suami saya Khairil Izhar berada dalam keadaan kritikal dan telah ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur," tulisnya.

Sebelum ini, Khairil Izhar pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta pada Disember 2017 akibat serangan jantung.

Pada Disember 2023, Amyza berkongsi dia terpaksa membuat keputusan sukar untuk menyelamatkan nyawa suaminya selepas dia ditidurkan akibat sesak nafas.

Bagaimanapun, selepas dua hari ditidurkan Khairil Nizar yang kembali sedar didapati dijangkiti Covid-19 dan perlu menjalani rawatan rapi.

Untuk rekod, Amyza dan Khairil Izhar mendirikan rumah tangga pada 2003.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, 20, Adrian Adam, 18, dan Ayden Andika, 12.

Anak sulung mereka, Andre, meninggal dunia pada 23 Februari lalu selepas bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.


Artikel Harian Metro
 

Ayah masih kritikal tapi stabil – Anak Amyza Aznan​

WhatsApp-Image-2026-08-24-at-10.02.37-AM.jpeg

ANAK Amyza memaklumkan bapanya masih kritikal tetapi stabil.

Ayah masih kritikal tapi stabil – Anak Amyza Aznan

PETALING JAYA – Anak kepada pelakon Amyza Aznan, Adrian Adam memaklumkan bapanya, Khairil Izhar masih lagi kritikal namun kini berada dalam keadaan stabil.

Adrian, 18, turut memberitahu mereka sekeluarga masih menunggu keputusan daripada doktor mengenai keadaan kesihatan bapanya.

“Kemas kini, buat masa sekarang keadaan ayah saya masih kritikal tapi stabil.

“Kita sedang menunggu keputusan doktor,” katanya dalam InstaStory.

Semalam, Amyza berkongsi khabar duka tentang keadaan suaminya yang sedang berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat paru-paru berair dan tekanan darah tinggi.

Sebelum ini, Khairil pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada Disember 2017 akibat serangan jantung.

Pada Disember 2023, Amyza berkongsi dia terpaksa membuat keputusan sukar untuk menyelamatkan nyawa suaminya selepas dia ditidurkan akibat sesak nafas.

Bagaimanapun, selepas dua hari ditidurkan Khairil Nizar yang kembali sedar didapati dijangkiti Covid-19 dan perlu menjalani rawatan rapi. – KOSMO! ONLINE

==============================

Hmm si Amyza ni kuat semangat lah tapi selalu ada je dugaan. Tengok IG dia, harap dapat berita baik lepas ni. Malas2 nak komen panjang, doakan je lah untuk mereka. 🌸

 
Back
Top
Log in Register