BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
ANAK-AMYZA-KRITIKAL.jpeg

ANAK sulung Amyza, Andre kini kritikal.

‘Abang sedang nazak, dia tak respons’" PETALING JAYA – Anak kepada pelakon Amyza Aznan, Adrian Adam memaklumkan keadaan abangnya iaitu Andre Mikhail yang bertarung dengan kanser paru-paru sedang kritikal.

Ujar Adrian, 18, hanya bergantung sepenuhnya kepada bantuan pernafasan oksigen dan tidak lagi mampu memberikan sebarang respons fizikal.

“Abang sekarang kritikal, dia sedang nazak sekarang.

“Dia bergantung kepada oksigen. Doktor kata dia boleh dengar lagi cuma tak respons,” katanya dalam temu bual Melodi.

Pada masa sama, anak kedua itu memberitahu keadaan terkininya yang sukar bergerak kesan daripada kanser tulang yang dihidapinya.

“Alhamdulillah, badan saya okey lagi, nak jalan susah.

“Ada sakit-sakit, kaki bengkak sebelah tapi saya masih boleh tidur, berjalan dan duduk,” katanya lagi.

Selain itu, Adrian menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang memberi sumbangan dan doa buat nasib mereka dua beradik.

“Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak, kami tak mampu nak balas semua jasa baik kalian yang mendoakan kami.

“Semoga Allah membalas empat kali ganda dengan segala kebaikan di dunia dan akhirat.

“Saya doakan yang menderma dan mendoakan kami dapat perlindungan daripada Allah SWT dari api neraka, dirahmati di dunia dan akhirat, dapat syurga Allah serta dipermudahkan segala urusan,” ujarnya.

Semalam, Amyza, 51, merayu agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesihatan anak sulungnya yang difahamkan semakin kritikal di Hospital Kuala Lumpur disebabkan kanser paru-paru.

Tahun lalu, Amyza mengesahkan Andre, 20, yang juga anak sulungnya menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Lebih mengejutkan ramai, pada Ramadan pertama dia sekali lagi diuji dengan perkhabaran menyayat hati apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. – KOSMO! ONLINE
==============================
Sedih jugak dengar berita ni, dua beradik sama2 sakit. Tenangkan hati je lah, harap dapat kekuatan lebih, macam kat IG Amyza pun ramai bagi sokongan semangat. Teruskan berusaha la! 🥺

 
ANAK-AMYZA-MENINGGAL.jpeg

ANAK sulung Amyza Aznan meninggal dunia.

Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia PETALING JAYA – Selepas setahun bertarung dengan kanser paru-paru, anak kepada pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Amyza, 51, memohon orang ramai mendoakan jenazah anak sulungnya.

“Assalammualaikum, dengan dukacita anak saya Andre Mikhail Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi.

“Minta semua sedekahkan al-Fatihah kepada anak saya,” katanya dalam InstaStory.

Bagaimanapun, Amyza tidak memperincikan maklumat mengenai pengebumian jenazah.

Semalam, Amyza merayu agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesihatan anak sulungnya yang difahamkan semakin kritikal di Hospital Kuala Lumpur disebabkan kanser paru-paru.

Tahun lalu, Amyza mengesahkan Andre, 20, yang juga anak sulungnya menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Lebih mengejutkan ramai, pada Ramadan pertama dia sekali lagi diuji dengan perkhabaran menyayat hati apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. – KOSMO! ONLINE

==============================

Amyza nampak tabah walaupun diuji bertubi-tubi. Harap dia terus kuat, sedih giler baca kisah ni. Hidup ni, kadang2 memang tak adil, kan? Stay strong, Amyza! ✌️

 
14175175951805461-375526.jpg

14175175951805461-375527.jpg

14175175951805461-375528.jpg

14175175951805461-375529.jpg


Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia



KUALA LUMPUR: Anak sulung pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail, 23, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, selepas bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.

Berita duka itu dikongsi Amyza, 50, menerusi hantaran Instagram Story (IGs), sebentar tadi.

“Assalammualaikum dengan dukacita anak saya Andre Mikhail bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi, minta semua sedekahkan al-Fatihah kepada anak saya,” tulisnya pada hantaran berkenaan.

Amyza turut berkongsi foto seorang pegawai perubatan yang sedang melakukan pemeriksaan kepada anaknya itu.

Sebelum ini, Amyza merayu kepada mana-mana individu yang mempunyai kepakaran dalam perubatan alternatif untuk membantu merawat Andre yang difahamkan berada pada tahap kritikal.

Melalui deretan hantaran di IG, Amyza dilihat tidak henti mengharapkan pertolongan daripada orang ramai untuk membantu anak itu.

Februari tahun lalu, Amyza berkongsi khabar duka apabila Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Selang setahun, anak keduanya, Adrian Adam, 18, pula disahkan kanser tulang dan perkhabaran duka itu dikongsi aktres itu di platform media sosialnya sehingga mengejutkan ramai.

Artikel : Buletin Tv3
 
ADRIAN-KENANG-ABANG.jpeg

ADRIAN memaklumkan terlalu banyak kenangan bersama arwah abangnya, Andre Mikhail.

‘Kami patut di wad sama-sama, tapi Allah ambil dia dulu’ HULU KLANG – Dalam duka kehilangan abang tercinta, anak kedua pelakon Amyza Aznan, Adrian Adam, tabah menerima takdir Ilahi sekali gus membawa semangat Allahyarham Andre Mikhail untuk terus melawan kanser tulang dihidapinya. Ujar Adrian atau nama sebenarnya Andrian Adam Khairil Izhar, pemergian abangnya memberi kekuatan luar biasa, apatah lagi mereka sepatutnya menjalani rawatan di wad sama sebelum takdir menentukan sebaliknya. “Abang memang bagi saya semangat. Kami sepatutnya sama-sama berada di wad nanti. Tapi Allah dah takdirkan dia pergi dahulu, tak apalah, saya terima. “Saya reda pemergian abang. Saya anggap ini satu ujian dan takdir. Saya harap Allah merahmati dia dan melindunginya daripada azab kubur serta api neraka. “Apa pun saya kena kuat untuk keluarga, terutama ibu dan ayah serta adik. Sekarang saya abang sulung,” katanya kepada Kosmo! Online. Mengimbau detik akhir bersama arwah, Adrian berkata keadaan Andre ketika itu sudah lemah dan sering berada dalam keadaan mamai. “Saat terakhir saya bersama dia, arwah seolah-olah di awang-awangan. Bila ditanya, dia macam mengigau. Saya tanya nak makan, dia kata tak nak, mengantuk dan mahu tidur. “Esoknya dia sedar semula, tetapi saya sudah tiada di situ. Kali terakhir dia bercakap dengan nenek, selepas itu dia nazak. “Saya bersyukur ramai datang. Bagi saya itu anugerah Tuhan, tanda orang mendoakan abang,” ujarnya pada majlis pengebumian abangnya di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, di sini, hari ini. Paling penting katanya, terlalu banyak kenangan bersama arwah untuk diungkapkan, selain percaya Andre sentiasa mahu dirinya menjaga keluarga. “Memori dengan abang terlalu banyak sampai saya tak mampu ceritakan. “Dia tak sempat pesan apa-apa, tetapi saya yakin dalam hati dia mahu saya jaga ibu, ayah dan adik,” tutupnya. Terdahulu, jenazah Andre selamat dikebumikan pada pukul 10.45 pagi di Tanah Perkuburan Ukay Perdana selepas disolatkan di Masjid Al Khairiah Keramat AU3. Andre menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.15 malam Isnin di Hospital Kuala Lumpur selepas setahun bertarung dengan kanser paru-paru tahap tiga. Februari tahun lalu, Amyza mendedahkan anak sulungnya disahkan menghidap penyakit tersebut, berita yang mengejutkan ramai serta mengundang simpati masyarakat. – KOSMO! ONLINE
==============================
mmg sedih la kisah anak dia. Harap Adrian tabah la utk family. Btw, tengok IG Amyza baru ni, nampak dia cuba kuat, bagi semangat sikit kat dia ye!

 
WhatsApp-Image-2026-02-24-at-12.09.32-PM.jpeg

AZHAN berharap Amyza diberikan kekuatan selepas pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail semalam.

‘Kau dah buat terbaik untuk dia, selebihnya Allah punya kuasa’ PETALING JAYA – “Kau dah buat yang terbaik untuk dia. Selebihnya Allah SWT yang punya kuasa.” Demikian antara kata-kata semangat dititipkan pelakon, Azhan Rani buat rakan seperjuangan, Amyza Aznan atas pemergian anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru semalam. Menurut Azhan, tiada perkataan mampu dapat memujuk hati seorang ibu dan memahami setiap emosi duka yang disorok Amyza sepanjang tempoh mereka menjalani penggambaran bersama sebelum ini. “Aku tahu ramai dah cakap tentang sabar, kuat dan reda. Aku pun tahu kau sendiri lebih tahu jawapannya sebab kau yang berdepan dengan semua ini. “Sejak hari kita ada penggambaran bersama baru-baru ini, aku tahu kau simpan macam-macam yang tak mahu ditunjukkan epada orang lain di sebalik gurau dan gelak seperti tiada apa-apa setiap hari,” katanya dalam saru hantaran Instagram. Tambah Azhan, dia berharap Amyza terus kuat dengan semangat daripada Allah dan mendoakan roh Andre ditempatkan bersama golongan orang yang soleh. “Apa pun, aku cuma doakan saat ini Allah peluk kau, anak- anak dan seluruh ahli keluarga kau. “Semoga juga Allah sediakan tempat terbaik untuk Andre bersama orang-orang yang beriman. Syurgalah tempatnya, insya-Allah,” ujarnya. Dalam masa sama, dia sempat memohon maaf kerana tidak berkesempatan menziarahi Amyza sekeluarga atas kekangan kerja. “Maaf tak dapat nak menziarahmu saat ini kerana masih ada penggambaran di Sarawak. “Insya-Allah ada rezeki nanti aku ziarah. Semoga dimudahkan serta dilancarkan segala urusan. “Al-Fatihah buat allahyarham Andre Mikhail Khairil Izhar,” katanya lagi. Semalam, Amyza memaklumkan Andre, 20, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur selepas hampir setahun bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga. Hari ini, jenazah Andre disolatkan Masjid Al-Khairiah AU3 Keramat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana sekitar pukul 10.30 pagi tadi. Terdahulu, sekitar tahun lalu, Amyza mengesahkan Andre, 20, menghidap kanser paru-paru tahap tiga. Amyza seterusnya sekali lagi diuji pada Ramadan tahun ini apabila Adrian, 18, pula disahkan menghidap kanser tulang. – KOSMO! ONLINE
==============================
Kesian tengok Amyza, dah dua anak kena uji berat. Nampak je kuat kat IG tapi dalam hati siapa tahu. Harap dapat kekuatan semangat untuk teruskan hidup. Kuatkanlah! 😔

 
ANZALNA-MENANGIS-ANDRE.jpeg

ANZALNA turut terkesan dengan pemergian anak sulung Amyza Aznan.

‘Orang luar pun menangis tengok video, kehilangan anak terlalu sayang’" PETALING JAYA – Pelakon Anzalna Nasir mendedahkan tidak mampu menahan air mata susulan berita pemergian anak sulung kepada aktres Amyza Aznan iaitu Andre Mikail yang menghembuskan nafas terakhir akibat kanser paru-paru, semalam.

Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md. Nasir, 38, mengakui berita tersebut memberi kesan mendalam terhadap dirinya malah menyifatkan kehilangan seorang anak sebagai satu ujian yang amat perit yang ditanggung.

“Semalam sebelum tidur bersembang dengan suami cakap dekat dia, kita tak tahu berapa lama Allah pinjamkan kita usia dan orang-orang yang kita sayang.

“Kita orang luar ini pun menangis tak henti setiap kali tengok video. Kehilangan seorang anak yang terlalu kita sayang Allahuakbar terlalu sakit,” katanya dalam Threads.

Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menitipkan doa agar Amyza sekeluarga diberi kekuatan yang luar biasa untuk menempuh fasa sukar.

“Salam takziah buat kak Amyza Aznan sekeluarga. Semoga kak Amyza terus diberi kekuatan.

“Pemergian di bulan Ramadan bulan yang mulia.

“Semoga kita juga dikurniakan pengakhiran yang baik, insha-Allah,” jelasnya.

Terdahulu, jenazah Andre selamat dikebumikan pada pukul 10.45 pagi di Tanah Perkuburan Ukay Perdana selepas disolatkan di Masjid Al Khairiah Keramat AU3.

Sekitar tahun lalu, Amyza mengesahkan Andre, 20, menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Amyza seterusnya sekali lagi diuji pada Ramadan tahun ini apabila Adrian, 18, pula disahkan menghidap kanser tulang. – KOSMO! ONLINE
==============================
Adoi, sedihnya dgr cerita ni. Kesian pulak kat Amyza, blh tahan dia kena tempuh dugaan besar mcm ni. Harap2 Amyza dapat byk sokongan dari kawan2 and family. Kat IG dia pun ada post terbaru, kuatkan diri Amyza!

 
Back
Top
Log in Register