BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar Perubatan Pilih Set Kombo Kasih Jualan Kasih Johor Sebagai Hadiah Hari Ibu

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Pelajar Perubatan Pilih Set Kombo Kasih Jualan Kasih Johor Sebagai Hadiah Hari Ibu​

251a6133956cb39510fac2e483d044e26a07da864d23d

a789062437f1dcb07cdb725aa27009596a07dc7595779

Pelajar institut pengajian tinggi, Muhammad Aqil Rida Mohd Akmar, 19, (kiri) menunjukkan minyak masak botol yang termasuk dalam set kombo dalam Jualan Kasih Johor (JKJ) yang dibelinya dengan harga RM15 untuk satu set beserta seekor ayam dan 30 biji telur.

Set berkenaan yang dianggap mempunyai harga mampu milik dan boleh dibeli oleh pelajar sepertinya membuatkan set kombo tersebut dijadikan hadiah istimewa sempena ‘Hari Ibu’ oleh Muhammad Aqil.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Walaupun sambutan Hari Ibu sudah berlalu, seorang pelajar tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan rasa kasih terhadap ibu tercinta dengan menjadikan Set Kombo Kasih yang dijual menerusi Jualan Kasih Johor (JKJ) sebagai hadiah istimewa.

Muhammad Aqil Rida Mohd Akmar, 19, pelajar bidang perubatan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam menyifatkan harga RM15 bagi satu set barangan keperluan asas sebagai sangat berbaloi, sekali gus mampu dibeli oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan pelajar.

Beliau berkata harga set kombo yang mengandungi seekor ayam, sebotol minyak masak dua liter dan sepapan telur (30 biji) itu boleh mencecah hampir RM40 di pasaran.

“Niat asal saya sekadar mahu melihat barangan yang dijual, namun apabila melihat harga set kombo yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran, saya terus terdetik untuk membelinya sebagai hadiah Hari Ibu. Ibu saya memang rajin memasak, jadi saya beli dua set terus.

“Walaupun Hari Ibu sudah beberapa hari berlalu (10 Mei), saya yakin ibu pasti gembira dan akan memasak lauk yang sedap buat kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui Bernama pada program JKJ bagi DUN Sri Medan di Dewan Kampung Parit Warijo di sini semalam.

Anak bongsu daripada tujuh beradik yang berasal dari Kampung Parit Warijo itu turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Johor atas inisiatif yang membantu meringankan beban perbelanjaan rakyat berkenaan.

Bagi seorang peniaga, Lim Loo Yan, 50, kelangsungan program JKJ adalah bukti keprihatinan kerajaan negeri dalam menyantuni rakyat agar tidak terbeban dengan kos sara hidup, walaupun bukan pada musim perayaan.

“Dengan harga yang berpatutan ini, kami lihat kerajaan negeri tidak ‘lokek’ untuk berkongsi rezeki dan hasil negeri bersama rakyat,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register