Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,771
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,771
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Jualan Kasih Johor Jadi Tumpuan Dapatkan Barang Keperluan Asas Menjelang Aidiladha
Program Jualan Kasih Johor (JKJ) kini menjadi tumpuan masyarakat di negeri ini untuk mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah, terutamanya sebagai persiapan menyambut Aidiladha minggu depan.
Sambutan memberangsangkan berkenaan secara tidak langsung menunjukkan inisiatif kerajaan negeri itu berfungsi sebagai “ruang bernafas” yang memberikan kelegaan kepada masyarakat di negeri ini dalam mengharungi tekanan kos sara hidup.
Tinjauan Bernama di Pasar Tani Bandar Baru Uda di sini mendapati ramai pengguna mengambil peluang membeli Set Kombo Kasih yang merangkumi barangan asas seperti seekor ayam, sepapan telur dan minyak masak dua liter pada harga RM15, iaitu penjimatan kira-kira 30 peratus bagi setiap pembelian.
Pesara kerajaan, Abdullah Din, 70, berkata dia bersama isteri datang ke lokasi jualan itu selepas mengetahui mengenai program berkenaan menerusi aplikasi TikTok.
“Set kombo yang ditawarkan ini jauh lebih murah berbanding harga pasaran dan program ini dilaksanakan pada waktu yang tepat iaitu menjelang Aidiladha,” katanya.
Petugas kesihatan, Mohd Faizal Samsudin, 43, pula berharap inisiatif JKJ diperluas ke lebih banyak lokasi supaya lebih ramai rakyat menerima manfaat dan penjimatan dalam mengurus perbelanjaan keluarga.
S. Nithya, 38, yang datang bersama ibu dan adik-beradiknya menyifatkan harga barangan ditawarkan seolah-olah mengimbau pengalaman membeli barangan pada harga lebih rendah suatu ketika dahulu.
“Baguslah ada JKJ ini sekurang-kurangnya kami dapat manfaat secara langsung. Tidak mengapa kena beratur awal pagi, asalkan dapat beli barang murah,” katanya yang juga pekerja swasta.
Loading…
www.bernama.com