BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekalan Keperluan Asas Di N. Sembilan Mencukupi Menjelang Aidilfitri

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
ea91b6a2001e8db7238553a5819099dd67c3311c74cd4


Bekalan barangan keperluan di Negeri Sembilan mencukupi menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, termasuk melalui inisiatif kerajaan negeri menyediakan jualan daging lembu bersubsidi bersempena program Mantai Perdana Rabu depan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata setakat ini tiada sebarang isu berkaitan bekalan bahan mentah utama seperti daging lembu, ayam, santan kelapa dan telur.

"Orang ramai tidak perlu risau keperluan sempena Aidilfitri di negeri ini, semuanya mencukupi, barangan lain seperti kelapa juga masih banyak.

"Malah sempena Mantai Perdana nanti, 18,000 kilogram (kg) daging lembu bersubsidi dijual pada harga lebih rendah daripada pasaran, orang ramai boleh membeli di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dengan setiap DUN akan diberi 500 kg daging subsidi ini," katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, pemilik kebun kelapa, Amir Mohamad, 56, berkata bekalan buah itu mencukupi untuk menampung keperluan penduduk Negeri Sembilan sepanjang musim perayaan ini.

“Setakat ini permintaan hampir sama seperti tahun lepas. Saya sendiri menerima lebih 1,000 tempahan sepanjang Ramadan hingga hari raya dan bekalan masih mencukupi. Alhamdulillah, pokok kelapa di kebun saya berbuah dengan baik kali ini,” katanya.

Beliau berkata kelapa tua dijual pada harga RM2.50 sebiji manakala kelapa muda antara RM2 hingga RM2.80 sebiji mengikut saiz serta para peniaga yang memerlukan bekalan kelapa masih boleh mendapatkan stok di kebunnya di Ulu Sepri, Rembau.

 
Back
Top
Log in Register