BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konflik Asia Barat: KPDN Johor Jamin Bekalan Keperluan Mencukupi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141
b16ab68561f3db36a76b55558b82313b69b5262ab2a94

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo (kanan), meninjau beberapa barangan yang termasuk dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2026 semasa sesi walkabout di Econsave Daiman Jaya hari ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor memberikan jaminan bahawa bekalan barangan, khususnya keperluan asas, mencukupi di pasaran susulan konflik di Asia Barat.

Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo berkata jaminan bekalan itu meliputi tempoh sebelum, semasa dan selepas sambutan Aidilfitri.

"Kita sentiasa memantau daripada rantaian peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit untuk pastikan bekalan mencukupi," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2026 di Econsave Daiman Jaya, yang turut dihadiri Pengurus Besar Econsave Mas Imran Adam.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat pembelian panik berikutan bekalan barangan yang stabil.

Mengenai SHMMP, Lilis Saslinda mengingatkan peniaga agar tidak menjual melebihi harga ditetapkan dan sentiasa mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu selain memastikan alat timbang dan sukat ditentusahkan bagi mengelakkan tindakan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Pada SHMMP Tahun Baharu Cina yang lepas, sebanyak 612 pemeriksaan dijalankan di seluruh Johor dan 481 kes direkodkan dengan kesalahan gagal mempamerkan tanda harga warna merah jambu bagi barangan kawalan yang dikenal pasti sebagai kesalahan tertinggi," katanya.

 
Back
Top
Log in Register